Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ikatan jiran tetangga di Tampines West diraikan dalam jamuan Hari Raya

Acara "Food that Binds" itu diusahakan para belia Masjid Darul Ghufran dengan kerjasama Sekolah Menengah Springfield dan MAEC Tampines West.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Aug 2015 06:47PM Dikemas Kini : 01 Aug 2015 08:57PM

SINGAPURA: Ikatan dan keakraban antara jiran tetangga, diraikan dalam satu jamuan Hari Raya di Kelab Masyarakat Tampines West.

Acara "Food that Binds" itu diusahakan para belia Masjid Darul Ghufran dengan kerjasama Sekolah Menengah Springfield dan MAEC Tampines West.

Sambil menjamu selera, masyarakat Tampines West dapat berkenalan antara satu sama lain dan saling bertukar-tukar cerita.

Seramai 150 orang penerima bantuan dari daerah Tampines West juga dijemput hadir dan diberikan hamper makanan.

Acara diserikan dengan kehadiran Menteri Di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri serta Ehwal Luar, Encik Masagos Zulkifli.

Turut kelihatan ialah Encik Suhaimi Rafdi yang diuar-uarkan sebagai calon Melayu berpotensi bagi pilihan raya akan datang.

Sempena memperingati dan meraikan ulang tahun Singapura yang ke-50, sebanyak 500 kek cawan turut diatur oleh para relawan bagi membentuk logo SG50.

Encik Masagos, berkata beliau amat gembira akan semangat ukhwah dan kerjasama yang ditonjolkan para relawan.

"Para relawan sering mahu tampil ke hadapan sama ada untuk menyampaikan hadiah cenderahati Hari Kebangsaan mahupun untuk kerja-kerja kebajikan. Ini adalah satu petanda baik di mana kita bersama untuk membantu mereka yang berkeperluan. Inilah semangat SG50 yang kita banggakan," kata Encik Masagos.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan