Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dipenjara empat bulan kerana cederakan isteri di pagi raya

Faizal Sohani memukul isterinya, Zalinah Kamaruddin selepas mangsa bertanyakan tentang wang belanja untuk membeli baju raya. Mangsa kemudiannya dikurung di dalam rumah oleh tertuduh.

Anggaran Waktu Membaca:
Dipenjara empat bulan kerana cederakan isteri di pagi raya

Gambar hiasan: Channel NewsAsia

Diterbitkan : 22 Jul 2015 04:37PM Dikemas Kini : 22 Jul 2015 06:10PM

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret kerana memukul isterinya ketika berlaku perselisihan faham antara mereka di pagi Hari Raya pada Jumaat lepas.

Majistret Nur A'minahtul Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Faizal Sohani, 40 tahun, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Zalinah Kamaruddin, 40 tahun, di rumah mereka di Brickfields, Kuala Lumpur, pada pukul 11 pagi, 17 Julai lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 19 Julai lepas.

KURUNG ISTERI KERANA TANYA TENTANG WANG BELI BAJU RAYA

Menurut fakta kes, Faizal memukul isterinya selepas mangsa bertanyakan tentang wang belanja untuk membeli baju raya.

Mangsa kemudiannya dikurung di dalam rumah oleh tertuduh, namun berjaya diselamatkan oleh anak lelaki sulungnya pada Ahad lepas.

Akibat daripada pertengkaran itu, mangsa mengalami lebam di bahagian lengan kanan dan kiri.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana perlu menanggung keluarga termasuk empat orang anak.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira tertuduh telah melakukan kekerasan terhadap isteri yang sepatutnya dikasihi dan bukan dizalimi. 

Kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya.


Sumber : Bernama/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan