7 video Hari Raya paling menarik dan 'gerek' tahun ini
Hari Raya semestinya bukan sahaja saat untuk keluarga dan sahabat handai berkumpul, malah ia juga memberi peluang merakam saat-saat manis bersama.
SINGAPURA: Hari Raya semestinya bukan sahaja saat untuk keluarga dan sahabat handai berkumpul, malah ia juga memberi peluang merakam saat-saat manis bersama.
Ramai juga kini memuat naik pelbagai video bersertakan mesej di lelaman media sosial. Ini termasuklah pihak korporat, keluarga dan Individu.
Selain iklan Hari Raya, ramai keluarga juga dilihat semakin bersemangat merakam dan menyunting video sambutan Hari Raya yang melucukan.
Antaranya trend tahun ini juga ialah pelbagai "dubmash" atau video pendek dan "lipsync" lagu-lagu raya dengan ada yang mencuit hati.
Ikuti berikut ini, 7 video Hari Raya menarik yang dipilih BERITAMediaCorp.
1) KELUARGA TULOS BERAYA SAKAN
Ramai di antara kita tidak mahu melepaskan peluang untuk saling ziarah menziarahi semasa bulan Syawal.
Keluarga yang sememangnya unik ini biasanya akan menyewa bas besar untuk jalan raya bersama dan mereka juga tidak mahu lepaskan peluang merakam gelak ketawa dan saat mendendangkan pelbagai lagu raya.
2) PARA PELAJAR CINA NYANYI LAGU RAYA BERAMAI-RAMAI DALAM KERETA API
Baru-baru ini berlaku pergaduhan besar di Plaza Low Yat di KL dan dikatakan mencetuskan isu perkauman. Namun sekumpulan pelajar Cina ini membuktikan semangat berbilang kaum untuk Malaysia. Mereka dengan spontan mendendangkan lagu Hari Raya beramai-ramai semasa menaiki sebuah kereta api di Kuala Lumpur.
Tentunya ia menunjukkan masyarakat Malaysia masih bersatu padu dan tidak mempunyai sebarang masalah perkauman seperti yang disebarkan di laman-laman media sosial.
3) K SHANMUGAM MELUANGKAN MASA MENYEDIAKAN WAJIK
Menteri Undang-undang K Shanmugam yang juga AP Nee Soon GRC memuat naik video Hari Raya beliau meluangkan masa bersama Cik Kamariah dan teman-temannya, penduduk Nee Soon GRC yang lain menyiapkan hidangan tradisional menjelang lebaran iaitu Wajik.
4) 'MINAH SALLEH' CASSIDY ANDERSAN DENDANGKAN SUASANA HARI RAYA
Anda mungkin pernah mendengar suara merdu 'minah salleh', Cassidy Anderson menyanyikan lagu Ombak Rindu.
Cassidy yang berasal dari Australia dan kini sedang menetap di Singapura kini mendendangkan pula lagu Suasana Hari Raya - versi akustik, khas untuk para peminatnya.
5) "PENGACAU" RAYA
Iklan raya Bank Simpanan Nasional (Malaysia) mencuitkan hati ini mengisahkan seorang mualaf yang teruja untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga isterinya sehingga merosakkan beberapa persiapan menjelang lebaran.
Namun bakat "mengacau"nya itu terbukti membantu keluarganya.
6) FITRAH - FILEM PENDEK HARI RAYA OLEH MALAYSIA AIRLINES
Jangan memaksa. Hormati keluarga dan orang lain. Serta amanah.
Budi tidak mengenal bangsa dan agama. Itulah inti video menarik ini yang mengisahkan cerita dalaman perkahwinan campur antara keluarga Melayu dengan keluarga Cina, dan anak angkat mereka.
7) SUASANA HARI RAYA DALAM BAHASA INGGERIS
Tidak pernah rasanya ada orang yang pernah mencipta lagu raya dalam Bahasa Inggeris.
Seorang pengguna Facebook dengan nama, 'Hydil Kwok' merakam video beliau menterjemahkan dan menyanyikan lagu, "Suasana Hari Raya" yang dipopularkan oleh Anuar Zain dan Elina.
Hydil kemudian memuat naikkan videonya itu ke Facebook dan ramai yang memuji usaha Hydil menterjemahkan lagu raya - mungkin untuk mereka yang tidak memahami lagu raya dalam Bahasa Melayu supaya dapat sama menikmati lagu raya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.