Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Najib ucap tahniah kepada PM Lee

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatan dari Singapura, Lee Hsien Loong atas kejayaan partinya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Pilihan Raya Umum republik itu semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Najib ucap tahniah kepada PM Lee

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. (Gambar fail: AFP/Manan Vatsyayana)

Diterbitkan : 12 Sep 2015 09:08PM Dikemas Kini : 13 Sep 2015 12:22AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatan dari Singapura, Lee Hsien Loong atas kejayaan partinya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Pilihan Raya Umum republik itu semalam.

"Saya baru sahaja bercakap dengan Lee Hsien Loong dan mengucapkan tahniah atas kejayaan PAP dalam Pilihan Raya Umum Singapura, semalam," kata Datuk Seri Najib dalam akaun Twitternya hari ini.

Datuk Seri Najib berkata mereka berdua berharap untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang tersedia kukuh dan mesra antara dua negara.

PAP mengekalkan kuasa untuk memerintah Singapura dengan memenangi 83 daripada 89 kerusi Parlimen.

Parti itu memperoleh 69.86 peratus undi popular iaitu peningkatan hampir 10 peratus berbanding pencapaian pada Pilihan Raya Umum 2011.

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan