Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: Calon Melayu dalam pilihan raya akan datang "sama taraf" dengan calon lain

Ketika ditemui, PM Lee tidak mengulas dengan panjang mengenai calon-calon Melayu dalam pilihan raya kali ini. Beliau setakat berkata calon Melayu "sama taraf" dengan calon-calon lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Aug 2015 06:19PM Dikemas Kini : 01 Aug 2015 08:37PM

SINGAPURA: Bercakap kepada media semasa Majlis Perjumpaan Hari Raya anjuran para Anggota Parlimen Melayu pada malam Jumaat (31 Julai), Perdana Menteri Lee Hsien Loong tidak mengulas dengan panjang lebar mengenai calon-calon Melayu dalam pilihan raya kali ini.

Beliau setakat berkata calon Melayu "sama taraf" dengan calon-calon lain.

Ini dia jawapan PM Lee semasa ditanya wartawan kami, Inon Salleh: "Saya fikir kali ini atau kali akan datang tidak tahu bila, kita akan ada beberapa calon Melayu dan calon-calon Melayu ini saya fikir akan meyakinkan masyarakat Singapura bahawa dalam (barisan) AP-AP PAP, kita ada calon Melayu yang sama tarafnya dengan calon-calon kita yang lain.

"Saya tahu apa soalan anda seterusnya," sambung PM Lee sambil tergelak.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim kemudian diminta mengulas komen PM Lee itu.

Menjawab, beliau menekankan bahawa bakat-bakat Melayu untuk pilihan raya itu punya satu ciri yang penting.

"Saya rasa kita harus (dalam) setiap pilihan raya untuk meneroka bakat-bakat yang kita ada, dan kita harus mendapatkan bakat yang paling baik oleh kerana inilah tujuan kita untuk menentukan bahawa kepimpinan politik yang ada di Singapura ialah tahap dan tinggi dan Alhamdulillah dengan usaha rakan-rakan saya kita telah dapat beberapa nama yang ingin tampil ke hadapan," kata Dr Yaacob.

Beliau menambah: "Mereka memang bakat yang setanding dengan bakat-bakat yang lain yang telah kita jemput. Tapi pada masa yang sama saya rasa yang paling penting ialah mereka ada keinginan untuk menyumbang. Kerana itulah mereka tampil ke hadapan, dan saya (rasa) ini satu nilai yang baik dan saya harap dengan mereka berada dengan pasukan kita insya-Allah kita boleh bekerjasama untuk mendapatkan pencapaian yang lebih tinggi untuk masyarakat kita." 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan