Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perkembangan Terkini: Keputusan Pilihan Raya Umum 2015

Sebentar lagi, rakyat Singapura akan mengetahui siapakah pemimpin-pemimpin yang bakal mewakili suara mereka dalam Parlimen untuk penggal baru lima tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Perkembangan Terkini: Keputusan Pilihan Raya Umum 2015

Para penyokong PAP meraikan kemenangan parti itu di sebuah pusat perhimpunan. (Gambar: AP/Ng Han Guan)

Diterbitkan : 11 Sep 2015 05:39PM Dikemas Kini : 12 Sep 2015 08:19AM

SINGAPURA: Parti yang memerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) meraih kemenangannya yang terbesar sejak pilihan raya 2001, dengan memperolehi 69.86 peratus undi keseluruhan.

Dengan kesemua 89 kerusi Parlimen dipertandingkan buat pertama kali sejak Singapura merdeka, PAP berjaya menguasai 83 kerusi - iaitu 12 daripada 13 Kawasan Undi Perseorangan (SMC) dan 15 daripada 16 Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC).

PAP berjaya menawan semula SMC Punggol East daripada Parti Pekerja (WP).

WP mempertahankan GRC Aljunied dengan kemenangan tipis (perbezaan 1.9 peratus dengan PAP) selepas pengundian dikira semula, serta mengekalkan kerusi Parlimennya di SMC Hougang.

Berikut ini senarai penuh keputusan rasmi Pilihan Raya Umum 2015:

KEPUTUSAN BAGI SMC SENGKANG WEST

Calon PAP, Menteri Negara Lam Pin Min menang dengan meraih 62.11% undi. Calon Parti Pekerja (WP), Koh Choong Yong, meraih 37.89% undi.

Bilangan Pengundi: 30,119

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan WP dengan meraih 58.11% undi, WP meraih 41.89% undi.


KEPUTUSAN BAGI SMC YUHUA

Calon PAP, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Grace Fu menang dengan meraih 73.54% undi. Calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Jaslyn Go, meraih 26.46 % undi.

Bilangan Pengundi: 22,617

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP mengalahkan SDP dengan meraih 66.86% undi, SDP meraih 33.14% undi.


KEPUTUSAN BAGI SMC PIONEER

Calon PAP, Cedric Foo menang dengan meraih 76.34% undi. Calon Parti Perpaduan Nasional (NSP), Elvin Ong, meraih 23.66% undi.

Bilangan Pengundi: 25,458

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP meraih 60.73% undi majoriti, mengalahkan NSP yang meraih 39.27% undi.

KEPUTUSAN BAGI SMC PUNGGOL EAST

Calon PAP, Charles Chong menang dengan meraih 51.76% undi - PAP berjaya merampas semula kerusi Parlimen ini dari WP.

Calon WP, Lee Li Lian (yang dilantik Anggota Parlimen pada pilihan raya 2011), meraih 48.24% undi.

Bilangan Pengundi: 34,466

SMC Punggol East mendapat perhatian pada 2012 setelah AP Michael Palmer dari PAP meletak jawatan selepas laporan mengenai hubungan sulit beliau terbongkar. Pilihan raya kecil yang diadakan pada Januari 2013 menyaksikan pertandingan berbilang penjuru, dengan calon WP Lee Li Lian dilantik sebagai AP bagi SMC tersebut.

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menang dengan 54.54 % undi, mengalahkan WP (41.01% undi), dan SDA (4.45% undi).

Keputusan Pilihan Raya Kecil 2013: WP menang dengan 54.5% undi, PAP raih 43.7% undi, RP raih 1.2% undid an SDA mendapat hanya 0.6% undi.

KEPUTUSAN BAGI SMC FENGSHAN

Calon PAP, Cheryl Chan menang dengan meraih 57.52% undi. Calon Parti Pekerja (WP), Dennis Tan, meraih 42.48% undi.

Bilangan Pengundi: 23,427


KEPUTUSAN BAGI GRC HOLLAND-BUKIT TIMAH

Pasukan PAP menang dengan meraih 66.62% undi, pasukan Parti Demokratik Singapura (SDP) meraih 33.38% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Vivian Balakrishnan dan pasukan SDP diterajui Setiausaha Agung SDP, Dr Chee Soon Juan.

Bilangan Pengundi: 104,491

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan SDP dengan meraih 60.08% undi majoriti, SDP meraih 39.92% undi.


KEPUTUSAN BAGI SMC HONG KAH NORTH

Calon PAP, Menteri Negara Kanan Dr Amy Khor, menang dengan meraih 74.76% undi.

Calon Parti Rakyat Singapura (SPP), Ravi Philemon, meraih 25.24% undi.

Bilangan Pengundi: 28,145


KEPUTUSAN BAGI GRC CHUA CHU KANG

Pasukan PAP menang dengan meraih 76.89% undi, Parti Kuasa Rakyat (PPP) meraih 23.11 % undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Kesihatan, Gan Kim Yong, dan pasukan PPP diterajui Setiausaha Agung parti, Encik Goh Meng Seng.

Bilangan Pengundi: 119,931


KEPUTUSAN BAGI SMC MOUNTBATTEN

Calon PAP, Lim Biow Chuan, menang dengan meraih 71.84% undi.

Calon Parti Rakyat Singapura (SPP), Jeannette Chong-Aruldoss meraih 28.16 % undi.

Bilangan Pengundi: 24,143

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menang dengan meraih 58.62% undi, mengalahkan NSP yang meraih 41.38% undi.


KEPUTUSAN BAGI SMC BUKIT PANJANG

Calon PAP, Dr Teo Ho Pin, menang dengan meraih 68.38% undi, calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Khung Wai Yeen meraih 31.62 % undi.

Bilangan Pengundi: 34,317


KEPUTUSAN BAGI SMC POTONG PASIR

Calon PAP, Sitoh Yin Pin menang dengan meraih 66.41% undi. Calon Parti Rakyat Singapura (SPP), Lina Chiam, meraih 33.59% undi.

Bilangan Pengundi: 17,407

Keputusan Pilihan Raya: PAP menang tipis dengan meraih 50.36% undi berbanding SPP yang meraih 49.64% undi - iaitu perbezaan hanya 114 undi.


KEPUTUSAN BAGI GRC ANG MO KIO

Pasukan PAP menang dengan meraih 78.63% undi, pasukan Parti Reform (RP) meraih 21.37% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dan pasukan RP diterajui M Ravi.

Bilangan Pengundi: 187,771

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menang selepas mengalahkan RP dengan undi majoriti 69.33 % undi. RP meraih 30.67% undi.

PM Lee menerajui GRC Ang Mo Kio sejak ia ditubuhkan sebagai sebuah GRC pada 1991. Kawasan undi itu kekal tidak ditandingi sehingga 2006 apabila PAP menewaskan WP.


KEPUTUSAN BAGI GRC JALAN BESAR

Pasukan PAP menang dengan meraih 67.73% undi, pasukan Parti Pekerja (WP) meraih 32.27% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, dan pasukan WP diterajui Encik L Somasundaram.

Bilangan Pengundi: 102,540

GRC Jalan Besar diwujudkan semula pada 2015 menyusuli laporan semakan sempadan kawasan undi. Kawasan undi itu dibentuk sebagai sebuah GRC dengan 3 anggota pada Pilihan Raya Umum 1988, dan digugurkan dari peta sempadan kawasan undi dalam Pilihan Raya Umum 2011.


KEPUTUSAN BAGI GRC TANJONG PAGAR

Pasukan PAP menang dengan meraih 77.71% undi, Parti Warga Diutamakan (SingFirst) meraih 22.29% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Chan Chun Sing, pasukan SingFirst diterajui Setiausaha Agung parti, Encik Tan Jee Say.

Bilangan Pengundi: 130,752

Kawasan Tanjong Pagar tidak pernah dipertandingkan sejak menjadi GRC pada 1991. Perdana Menteri pertama Singapura Encik Lee Kuan Yew telah mengetuai kawasan undi Tanjong Pagar sejak beliau dilantik sebagai Anggota Parlimen menyusuli Pilihan Raya Umum Perhimpunan Perundangan 1955 sehingga beliau meninggal dunia pada Mac 2015.


KEPUTUSAN BAGI GRC TAMPINES

Pasukan PAP menang dengan meraih 72.06% undi, Parti Perpaduan Nasional (NSP) meraih 27.94% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Pendidikan Heng Swee Keat, pasukan NSP diterajui presiden parti, Encik Sebastian Teo.

Bilangan Pengundi: 143,518

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan NSP dengan meraih 57.22% undi, NSP meraih 42.78% undi.


KEPUTUSAN BAGI SMC HOUGANG

Calon Parti Pekerja (WP), Png Eng Huat, mempertahankan kerusi Parlimen dengan meraih 57.69 % undi. Calon PAP, Lee Hong Chuang, meraih 42.31% undi.

Bilangan Pengundi: 24,097

SMC Hougang dikuasai PAP sehingga Pilihan Raya Umum 1991 apabila ia tewas kepada WP, yang mentadbir kawasan undi itu sehingga sekarang. Calon WP Yaw Shin Leong menewaskan calon PAP Desmond Choo dalam Pilihan Raya Umum 2011.

Bagaimanapun Encik Yaw dipecat oleh WP pada 2012 menyusuli laporan mengenai hubungan sulit beliau. Pilihan raya kecil diadakan pada tahun yang sama, dengan calon WP Png Eng Huat dilantik sebagai AP, sekali lagi menewaskan PAP. 


KEPUTUSAN BAGI SMC RADIN MAS

Calon PAP, Sam Tan menang dengan meraih  77.25% undi.

Calon Parti Reform (RP), Kumar Appavoo, meraih 12.71% undi, calon bebas, Han Hui Hui, meraih 10.04 % undi.

Bilangan Pengundi: 28,906

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menang dengan meraih 67.10% undi majoriti, NSP meraih 32.90% undi.


KEPUTUSAN BAGI GRC MARINE PARADE

Pasukan PAP menang dengan meraih 64.07% undi, pasukan Parti Pekerja (WP) meraih 35.93% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin, pasukan WP diterajui Encik Yee Jenn Jong.

Bilangan Pengundi: 146,244

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan NSP dengan memperolehi 56.64% undi. NSP meraih 43.36% undi.


KEPUTUSAN BAGI GRC PASIR RIS-PUNGGOL

Pasukan PAP menang dengan meraih 72.89% undi, pasukan Perikatan Demokratik Singapura (SDA) meraih 27.11% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, dan pasukan SDA diterajui pengerusi parti, Desmond Lim.

Bilangan Pengundi: 187,396

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan SDA, memperolehi 64.79 % undi. SDA meraih 35.21% undi.


KEPUTUSAN BAGI SMC BUKIT BATOK

Calon PAP, David Ong menang dengan meraih 72.99 % undi. 

Calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Sadasivam Veriyah meraih 26.40% undi, calon bebas, Samir Salim Neji meraih 0.60% undi.

Bilangan Pengundi: 27,077

Kawasan undi Bukit Batok diserapkan ke dalam GRC Bukit Timah sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum 1997. Ia sekali lagi dijadikan sebagai sebuah SMC di bawah semakan sempadan kawasan undi 2015. 


KEPUTUSAN BAGI SMC MACPHERSON

Calon PAP, Tin Pei Ling menang dengan meraih 65.58% undi.

Calon Parti Pekerja (WP), Bernard Chen meraih  33.60% undi, calon Parti Perpaduan Nasional (NSP), Cheo Chai Chen meraih 0.82% undi.

Bilangan Pengundi: 28,511

Kawasan undi MacPherson disertakan semula dalam Pilihan Raya Umum 1997 tetapi digugurkan sekali lagi pada Pilihan Raya Umum 2011. Ia diwujudkan sekali lagi dalam laporan semakan kawasan undi 2015.


KEPUTUSAN BAGI GRC NEE SOON

Pasukan PAP menang dengan meraih 66.83% undi, pasukan Parti Pekerja (WP) meraih 33.17% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Luar, K Shanmugam, pasukan WP diterajui Encik Kenneth Foo.

Bilangan Pengundi: 132,289

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP dengan 58.40 % undi menewaskan WP untuk menguasai kawasan undi itu. WP meraih 41.60% undi.


KEPUTUSAN BAGI GRC WEST COAST

Pasukan PAP menang dengan meraih 78.57% undi, pasukan Parti Reform (RP) meraih 21.43% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri di Pejabat Perdana Menteri, S Iswaran, pasukan 
RP diterajui Setiausaha Agung parti, Encik Kenneth Jeyaretnam.

Bilangan Pengundi: 99,300

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menang dengan meraih 66.57% undi majoriti, mengalahkan RP yang meraih 33.43% undi.


KEPUTUSAN BAGI GRC JURONG

Pasukan PAP menang dengan meraih 79.28 % undi, pasukan Parti Warga Diutamakan (SingFirst) meraih 20.72% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam, dan pasukan SingFirst diterajui Dr David Foo.

Bilangan Pengundi: 130,498

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menang dengan memperolehi 66.96% undi majoriti, NSP meraih 33.04% undi.


KEPUTUSAN BAGI GRC SEMBAWANG

Pasukan PAP menang dengan meraih 72.28 % undi, pasukan Parti Perpaduan Nasional (NSP) meraih 27.72% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Pembangunan Negara Khaw Boon Wan, pasukan NSP diterajui Encik Spencer Ng.

Bilangan Pengundi: 132,289

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP memperolehi 63.90% undi majoriti, mengalahkan SDP yang meraih 36.10% undi.


KEPUTUSAN BAGI GRC BISHAN-TOA PAYOH

Pasukan PAP menang dengan meraih 73.59% undi, pasukan Parti Rakyat Singapura (SPP) meraih 26.41 % undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Setiausaha Penganjur PAP, Dr Ng Eng Hen, dan pasukan SPP diterajui Encik Benjamin Pwee.

Bilangan Pengundi: 129,975

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan SPP dengan meraih 56.93% undi. SPP meraih 43.07% undi.

Kawasan undi dengan seramai 5 anggota itu dibentuk pada 1997 dan sejak sekian lama ia ditadbir oleh PAP.


KEPUTUSAN BAGI GRC MARSILING-YEW TEE

Pasukan PAP menang dengan meraih 68.73% undi, pasukan Parti Demokratik Singapura (SDP) meraih 31.27% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Lawrence Wong, pasukan SDP diterajui Encik John Tan.

Bilangan Pengundi: 107,599

GRC Marsiling-Yew Tee ialah sebuah kawasan undi baru yang dibentuk berdasarkan laporan semakan sempadan kawasan undi 2015 dan ia terdiri daripada Chua Chu Kang, kawasan perindustrian Sungei Kadut, Kranji dan beberapa daerah di Woodlands.


KEPUTUSAN BAGI GRC EAST COAST

Pasukan PAP menang dengan meraih 60.73% undi, Parti Pekerja (WP) meraih 39.27% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Tenaga Manusia, Lim Swee Say dan pasukan WP diterajui Encik Gerald Giam.

Bilangan Pengundi: 99,118

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan WP dengan memperolehi 54.83% undi, WP meraih 45.17% undi.


KEPUTUSAN BAGI GRC ALJUNIED

Pasukan Parti Pekerja (WP) mempertahankan kerusi Parlimen dan menang tipis dengan meraih 50.95% undi, pasukan PAP meraih 49.05% undi.

Calon-calon: Pasukan WP diterajui Setiausaha Agung WP, Low Thia Khiang, pasukan PAP diterajui ahli politik veteran, Encik Yeo Guat Kwang.

Bilangan Pengundi: 148,142

Keputusan Pilihan Raya 2011: WP merampas kawasan undi itu dari PAP setelah memperolehi 54.72 % undi, PAP meraih 45.28% undi.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan