Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perkembangan Terkini: Kiraan Undi Sampel

Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-12 baru sahaja berakhir pada 8.00 malam tadi, dan buat julung-julung kalinya, kiraan undi sampel akan diumumkan kepada orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Perkembangan Terkini: Kiraan Undi Sampel

Orang ramai mengundi di Singapura pada 11 September. (Gambar: (AP/Ng Han Guan)

Diterbitkan : 11 Sep 2015 02:49PM Dikemas Kini : 11 Sep 2015 11:47PM

SINGAPURA: Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-12 baru sahaja berakhir pada 8.00 malam tadi, dan buat julung-julung kalinya, kiraan undi sampel akan diumumkan kepada orang ramai.

Sebanyak 100 kertas undi dari setiap 832 pusat mengundi akan dipilih secara rambang dan dikira sebaik sahaja tempoh mengundi ditutup. Namun oleh kerana ia kiraan undi sampel, keputusan muktamad mungkin berbeza. Oleh itu, Jabatan Pilihan Raya menasihati orang ramai supaya menunggu pengumuman rasmi keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

Buat pertama kali sejak Singapura merdeka, semua 29 kawasan undi dipertandingkan. Parti yang memerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), dicabar oleh lapan parti pembangkang bagi merebut 89 kerusi Parlimen. Pertandingan tiga penjuru berlaku di tiga SMC - Bukit Batok, MacPherson dan Radin Mas. Dua calon bebas bertanding di SMC Bukit Batok dan Radin Mas.

Ikuti perkembangan dan kiraan undi sampel yang akan terus dikemaskini:

TERKINI: Berdasarkan kiraan undi sampel, PAP mendahului kesemua kawasan undi, kecuali GRC Aljunied dan SMC Hougang, yang kedua-duanya didahului WP. Ini bermakna PAP dapat membentuk pemerintah, jika kiraan undi sampel menjadi sandaran.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC BUKIT PANJANG

Calon PAP, Dr Teo Ho Pin, mendahului dengan meraih 69% undi, calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Khung Wai Yeen meraih 31 % undi.

Bilangan Pengundi: 34,317

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP mengalahkan SDP dengan meraih 66.27% undi, SDP meraih 33.73% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC BUKIT BATOK

Calon PAP, David Ong mendahului dengan meraih 74% undi. 

Calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Sadasivam Veriyah meraih 26% undi, calon bebas, Samir Salim Neji meraih 0% undi.

Bilangan Pengundi: 27,077

Kawasan undi Bukit Batok diserapkan ke dalam GRC Bukit Timah sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum 1997. Ia sekali lagi dijadikan sebagai sebuah SMC di bawah semakan sempadan kawasan undi 2015.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC HONG KAH NORTH

Calon PAP, Menteri Negara Kanan Dr Amy Khor, mendahului dengan meraih 74% undi

Calon Parti Rakyat Singapura (SPP), Ravi Philemon, meraih 26% undi.

Bilangan Pengundi: 28,145

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan SPP dengan 70.61% undi majoriti, SPP meraih 29.39% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC MOUNTBATTEN

Calon PAP, Lim Biow Chuan, mendahului dengan meraih 72% undi. Calon Parti Rakyat Singapura (SPP), Jeannette Chong-Aruldoss meraih 28% undi.

Bilangan Pengundi: 24,143

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menang dengan meraih 58.62% undi, mengalahkan NSP yang meraih 41.38% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC PIONEER

Calon PAP, Cedric Foo mendahului dengan meraih 78% undi. Calon Parti Perpaduan Nasional (NSP), Elvin Ong, meraih 22% undi.

Bilangan Pengundi: 25,458

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP meraih 60.73% undi majoriti, mengalahkan NSP yang meraih 39.27% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC HOUGANG

Calon Parti Pekerja (WP), Png Eng Huat, mendahului dengan meraih 58% undi.

Calon PAP, Lee Hong Chuang, meraih 42% undi.

Bilangan Pengundi: 24,097

SMC Hougang dikuasai PAP sehingga Pilihan Raya Umum 1991 apabila ia tewas kepada WP, yang mentadbir kawasan undi itu sehingga sekarang. Calon WP Yaw Shin Leong menewaskan calon PAP Desmond Choo dalam Pilihan Raya Umum 2011.

Bagaimanapun Encik Yaw dipecat oleh WP pada 2012 menyusuli laporan mengenai hubungan sulit beliau. Pilihan raya kecil diadakan pada tahun yang sama, dengan calon WP Png Eng Huat dilantik sebagai AP, sekali lagi menewaskan PAP.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC PUNGGOL EAST

Calon PAP, Charles Chong mendahului dengan 51% undi.

Calon Parti Pekerja (WP), Lee Li Lian (yang dilantik AP pada pilihan raya 2011) meraih 49% undi.

Bilangan Pengundi: 34,466

SMC Punggol East mendapat perhatian pada 2012 setelah AP Michael Palmer dari PAP meletak jawatan selepas laporan mengenai hubungan sulit beliau terbongkar. Pilihan raya kecil yang diadakan pada Januari 2013 menyaksikan pertandingan berbilang penjuru, dengan calon WP Lee Li Lian dilantik sebagai AP bagi SMC tersebut.

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menang dengan 54.54 % undi, mengalahkan WP (41.01% undi), dan SDA (4.45% undi).

Keputusan Pilihan Raya Kecil 2013: WP menang dengan 54.5% undi, PAP raih 43.7% undi, RP raih 1.2% undid an SDA mendapat hanya 0.6% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC SENGKANG WEST

Calon PAP, Menteri Negara Lam Pin Min mendahului dengan meraih 63 % undi. Calon Parti Pekerja (WP), Koh Choong Yong, meraih 37% undi.

Bilangan Pengundi: 30,119

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan WP dengan meraih 58.11% undi, WP meraih 41.89% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC FENGSHAN

Calon PAP, Cheryl Chan mendahului dengan meraih 57% undi. Calon Parti Pekerja (WP), Dennis Tan, meraih 43% undi.

Bilangan Pengundi: 23,427

Ia dimasukkan semula ke dalam peta sempadan kawasan undi pada 2015 setelah dikeluarkan dari GRC East Coast.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC EAST COAST

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 61% undi, Parti Pekerja (WP) meraih 39% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Tenaga Manusia, Lim Swee Say dan pasukan WP diterajui Encik Gerald Giam.


Bilangan Pengundi: 99,118

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan WP dengan memperolehi 54.83% undi, WP meraih 45.17% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC CHUA CHU KANG

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 76% undi, Parti Kuasa Rakyat (PPP) meraih 24 % undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Kesihatan, Gan Kim Yong, dan pasukan PPP diterajui Setiausaha Agung parti, Encik Goh Meng Seng.

Bilangan Pengundi: 119,931

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP mengalahkan NSP dengan meraih 61.20% undi, NSP mendapat 38.80% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC HOLLAND-BUKIT TIMAH

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 66% undi, pasukan Parti Demokratik Singapura (SDP) meraih 34% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Vivian Balakrishnan dan pasukan SDP diterajui Setiausaha Agung SDP, Dr Chee Soon Juan.

Bilangan Pengundi: 104,491

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan SDP dengan meraih 60.08% undi majoriti, SDP meraih 39.92% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC RADIN MAS
Calon PAP, Sam Tan mendahului dengan meraih 77% undi.

Bilangan Pengundi: 28,906

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menang dengan meraih 67.10% undi majoriti, NSP meraih 32.90% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC YUHUA

Calon PAP, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Grace Fu mendahului dengan meraih 72% undi. Calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Jaslyn Go, meraih 28 % undi.

Bilangan Pengundi: 22,617

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP mengalahkan SDP dengan meraih 66.86% undi, SDP meraih 33.14% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC BISHAN-TOA PAYOH

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 74% undi, pasukan Parti Rakyat Singapura (SPP) meraih 26% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Setiausaha Penganjur PAP, Dr Ng Eng Hen, dan pasukan SPP diterajui Encik Benjamin Pwee.

Bilangan Pengundi: 129,975

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan SPP dengan meraih 56.93% undi. SPP meraih 43.07% undi.

Kawasan undi dengan seramai 5 anggota itu dibentuk pada 1997 dan sejak sekian lama ia ditadbir oleh PAP.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC NEE SOON

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 67% undi, pasukan Parti Pekerja (WP) meraih 33% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Luar, K Shanmugam, pasukan WP diterajui Encik Kenneth Foo.

Bilangan Pengundi: 132,289

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP dengan 58.40 % undi menewaskan WP untuk menguasai kawasan undi itu. WP meraih 41.60% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC ALJUNIED

Pasukan Parti Pekerja (WP) mendahului dengan meraih 52% undi, pasukan PAP meraih 48% undi.

Calon-calon: Pasukan WP diterajui Setiausaha Agung WP, Low Thia Khiang, pasukan PAP diterajui ahli politik veteran, Encik Yeo Guat Kwang.

Bilangan Pengundi: 148,142

Keputusan Pilihan Raya 2011: WP merampas kawasan undi itu dari PAP setelah memperolehi 54.72 % undi, PAP meraih 45.28% undi.

Ia merupakan satu-satunya GRC di Singapura yang ditadbir oleh sebuah parti pembangkang.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC MACPHERSON

Calon PAP, Tin Pei Ling mendahului dengan meraih. 63% undi.

Calon Parti Pekerja (WP), Bernard Chen meraih 36% undi, calon Parti Perpaduan Nasional (NSP), Cheo Chai Chen meraih 1% undi.

Bilangan Pengundi: 28,511

Kawasan undi MacPherson disertakan semula dalam Pilihan Raya Umum 1997 tetapi digugurkan sekali lagi pada Pilihan Raya Umum 2011. Ia diwujudkan sekali lagi dalam laporan semakan kawasan undi 2015.

KIRAAN UNDI SAMPEL SMC POTONG PASIR

Bilangan Pengundi: 17,407

Keputusan Pilihan Raya: PAP menang tipis dengan meraih 50.36% undi berbanding SPP yang meraih 49.64% undi - iaitu perbezaan hanya 114 undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC MARINE PARADE

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 65% undi, pasukan Parti Pekerja (WP) meraih 35% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin, pasukan WP diterajui Encik Yee Jenn Jong.

Bilangan Pengundi: 146,244

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan NSP dengan memperolehi 56.64% undi. NSP meraih 43.36% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC JURONG

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 78% undi, pasukan Parti Warga Diutamakan (SingFirst) meraih 22% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam, dan pasukan SingFirst diterajui Dr David Foo.

Bilangan Pengundi: 130,498

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menang dengan memperolehi 66.96% undi majoriti, NSP meraih 33.04% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC ANG MO KIO

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 78% undi, pasukan Parti Reform (RP) meraih 22% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dan pasukan RP diterajui M Ravi.

Bilangan Pengundi: 187,771

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menang selepas mengalahkan RP dengan undi majoriti 69.33 % undi. RP meraih 30.67% undi.

PM Lee menerajui GRC Ang Mo Kio sejak ia ditubuhkan sebagai sebuah GRC pada 1991. Kawasan undi itu kekal tidak ditandingi sehingga 2006 apabila PAP menewaskan WP.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC PASIR RIS-PUNGGOL

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 73% undi, pasukan Perikatan Demokratik Singapura (SDA) meraih 27% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, dan pasukan SDA diterajui pengerusi parti, Desmond Lim.

Bilangan Pengundi: 187,396

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan SDA, memperolehi 64.79 % undi. SDA meraih 35.21% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC JALAN BESAR

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 67% undi, pasukan Parti Pekerja (WP) meraih 33 % undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, dan pasukan WP diterajui Encik L Somasundaram.

Bilangan Pengundi: 102,540

GRC Jalan Besar diwujudkan semula pada 2015 menyusuli laporan semakan sempadan kawasan undi. Kawasan undi itu dibentuk sebagai sebuah GRC dengan 3 anggota pada Pilihan Raya Umum 1988, dan digugurkan dari peta sempadan kawasan undi dalam Pilihan Raya Umum 2011.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC MARSILING-YEW TEE

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 69% undi, pasukan Parti Demokratik Singapura (SDP) meraih 31% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Lawrence Wong, pasukan SDP diterajui Encik John Tan.

Bilangan Pengundi: 107,599

GRC Marsiling-Yew Tee ialah sebuah kawasan undi baru yang dibentuk berdasarkan laporan semakan sempadan kawasan undi 2015 dan ia terdiri daripada Chua Chu Kang, kawasan perindustrian Sungei Kadut, Kranji dan beberapa daerah di Woodlands.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC WEST COAST

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 78% undi, pasukan Parti Reform (RP) meraih 22% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri di Pejabat Perdana Menteri, S Iswaran, pasukan RP diterajui Setiausaha Agung parti, Encik Kenneth Jeyaretnam.

Bilangan Pengundi: 99,300

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menang dengan meraih 66.57% undi majoriti, mengalahkan RP yang meraih 33.43% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC SEMBAWANG

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 72% undi, pasukan Parti Perpaduan Nasional (NSP) meraih 28% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Pembangunan Negara Khaw Boon Wan, pasukan NSP diterajui Encik Spencer Ng.

Bilangan Pengundi: 132,289

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP memperolehi 63.90% undi majoriti, mengalahkan SDP yang meraih 36.10% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC TAMPINES

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 72% undi, Parti Perpaduan Nasional (NSP) meraih 28% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri Pendidikan Heng Swee Keat, pasukan NSP diterajui presiden parti, Encik Sebastian Teo.

Bilangan Pengundi: 143,518

Keputusan Pilihan Raya 2011: PAP menewaskan NSP dengan meraih 57.22% undi, NSP meraih 42.78% undi.

KIRAAN UNDI SAMPEL GRC TANJONG PAGAR

Pasukan PAP mendahului dengan meraih 78% undi, Parti Warga Diutamakan (SingFirst) meraih 22% undi.

Calon-calon: Pasukan PAP diterajui Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Chan Chun Sing, pasukan SingFirst diterajui Setiausaha Agung parti, Encik Tan Jee Say.

Bilangan Pengundi: 130,752

Kawasan Tanjong Pagar tidak pernah dipertandingkan sejak menjadi GRC pada 1991. Perdana Menteri pertama Singapura Encik Lee Kuan Yew telah mengetuai kawasan undi Tanjong Pagar sejak beliau dilantik sebagai Anggota Parlimen menyusuli Pilihan Raya Umum Perhimpunan Perundangan 1955 sehingga beliau meninggal dunia pada Mac 2015.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan