Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para penduduk GRC Tanjong Pagar keluar mengundi selepas 24 tahun

Para penduduk di GRC Tanjong Pagar juga keluar mengundi buat pertama kalinya selepas 24 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Sep 2015 03:43PM Dikemas Kini : 11 Sep 2015 08:59PM

SINGAPURA: Para penduduk di GRC Tanjong Pagar juga keluar mengundi buat pertama kalinya selepas 24 tahun.

Keghairahan mereka dapat dirasakan apabila orang ramai sudah mula beratur sebelum Sekolah Rendah Cantonment dibuka pada 8 pagi tadi.

Bagi ramai penduduk warga emas, ini merupakan kali pertama mereka mengundi setelah bertahun-tahun tinggal di kawasan tersebut.

Kawasan Tanjong Pagar yang diterajui Perdana Menteri pertama, mendiang Encik Lee Kuan Yew, tidak pernah dipertandingkan sejak tahun 1991.

Seorang pengundi GRC Tanjong Pagar, Hui Beng Hoe berkata: "Selepas tidak berpeluang mengundi selama bertahun-tahun, ini merupakan satu pengalaman yang agak berlainan. Seperti saya katakan, arahan-arahan mengenai bagaimana untuk mengundi bukan hanya untuk pengundi kali pertama tapi juga pengundi yang lama tidak mengundi seperti saya juga!"

"Saya rasa agak ghairah dapat mengundi buat pertama kalinya bagi parti yang saya lebih suka. Sejak bertahun-tahun ini, saya menonton di televisyen semua orang berpeluang untuk mengundi dan saya selalu rasakan saya tidak mempunyai peluang untuk mengundi," kata seorang lagi pengundi GRC Tanjong Pagar, Shamala Michael.

Pasukan penyandang PAP dicabar Parti Warga Diutamakan (SingFirst), yang baru sahaja berdaftar pada Ogos tahun lepas.  

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan