Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Low Thia Khiang: Jika AHPETC faktor utama pilihan raya, WP akan tewas di GRC Aljunied

Ketua Parti Pekerja, Low Thia Khiang percaya sekiranya isu majlis bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East adalah faktor utama dalam pilihan raya umum lepas, partinya sudah akan tewas di GRC Aljunied.

Anggaran Waktu Membaca:
Low Thia Khiang: Jika AHPETC faktor utama pilihan raya, WP akan tewas di GRC Aljunied

Setiausaha Agung WP, Low Thia Khiang. (Gambar: Wee Teck Hian/TODAY)

Diterbitkan : 14 Sep 2015 08:22AM Dikemas Kini : 14 Sep 2015 08:24AM

SINGAPURA: Ketua Parti Pekerja, Low Thia Khiang percaya sekiranya isu majlis bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC) adalah faktor utama dalam pilihan raya umum lepas, partinya sudah akan tewas di GRC Aljunied.

Namun beliau tidak mahu membuat spekulasi, sama ada isu itu tetap menjejas parti tersebut.

Pasukan Parti Pekerja menang tipis di GRC Aljunied, dengan meraih sekitar 51 peratus undi majoriti dalam pilihan raya umum minggu lepas.

Di Hougang, AP penyandang Png Eng Huat dari Parti Pekerja menerima 58 peratus undi.

Memandangkan PAP mencatatkan peningkatan undi di semua 29 kawasan undi, Encik Low berkata, adalah sukar untuk menilai kesan isu majlis bandaran itu terhadap Parti Pekerja.

Ditanya samada keputusan pilihan raya itu adalah suatu peringatan kepada pihak pembangkang, Encik Low berpendapat, ia sesuatu yang boleh mereka renungkan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan