Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 3 juta orang saksikan liputan keputusan pilihan raya tahun disiarkan Mediacorp

Lebih tiga juta orang telah menyaksikan liputan keputusan pilihan raya tahun ini yang disiarkan oleh Mediacorp, melalui televisyen, radio dan internet.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 3 juta orang saksikan liputan keputusan pilihan raya tahun disiarkan Mediacorp

(Gambar: Pichayada Promchertchoo)

Diterbitkan : 22 Sep 2015 07:29PM Dikemas Kini : 22 Sep 2015 08:21PM

SINGAPURA: Lebih tiga juta orang menyaksikan liputan keputusan pilihan raya tahun ini yang disiarkan oleh Mediacorp, melalui televisyen, radio dan internet.

Liputan keputusan itu disiarkan pada malam Hari Mengundi pada hari 11 September hingga dinihari 12 September.

Lebih 350 wartawan dan krew bertugas pada malam tersebut untuk memberikan maklumat terkini.

Mediacorp juga menyiarkan rancangan, "Singapore Votes 2015" yang diterbitkan dalam empat bahasa.

Jumlah penonton TV catat peningkatan sementara trafik bagi portal-portal di Internet juga melihat kenaikan besar semasa kempen dan menjelang keputusan pilihan raya.  

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan