Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ESM Goh akan beri pandangan kepada pemerintah "di belakang tabir"

Mandat kuat untuk Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam Pilihan Raya Umum kelmarin merupakan satu "pengesahan" tentang cara parti itu mendekati rakyat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2015 07:06PM Dikemas Kini : 13 Sep 2015 08:53PM

SINGAPURA: Mandat kuat untuk Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam Pilihan Raya Umum kelmarin merupakan satu "pengesahan" tentang cara parti itu mendekati rakyat.

Demikian penilaian Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Tan Chuan-Jin, semasa bertemu para penduduk Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marine Parade bagi mengucapkan terima kasih di atas sokongan mereka.

Mengulas mengenai sambutan yang diterimanya dari orang ramai semasa sembilan hari berkempen, Encik Tan, yang mengetuai GRC tersebut berkata, pihaknya "kebingungan" semasa berkempen.

Ini kerana ada percanggahan - iaitu sentimen secara online dan pihak 'bookie' tidak menjangkakan prestasi yang baik bagi pasukannya. Bagaimanapun, pasukan beliau menerima sambutan yang hangat daripada para penduduk.

Sungguhpun demikian, Encik Tan berkata, beliau dan pasukannya yang termasuk Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, mengekalkan fokus dan memberi tumpuan kepada usaha mendekati penduduk.

GRC Marine Parade mendapat sekitar 65 peratus undi, iaitu pertambahan sekitar 9 peratusan mata berbanding tahun 2011.

Encik Tan berkata, walaupun pasukannya berjaya menambat hati pengundi, ia berazam untuk tidak mengambil mudah.

Beliau berkata, PAP sudah mengubah cara ia mendekati rakyat, dan cara ia berkomunikasi "sangat penting".

Encik Tan menambah dalam soal dasar, memang sukar untuk mendapatkan segala-galanya dengan sempurna. Bagaimanapun, katanya, maklum balas daripada rakyat membuat banyak perubahan.

Kaedah ini, kata beliau, sudah mula dilaksanakan para pemimpin PAP dengan secara besar-besaran di kementerian masing-masing. Cara sebegini mesti diteruskan kepimpinan PAP, menurut Encik Tan.

ESM GOH: AKAN BERUNDUR SETAPAK KE BELAKANG

Dalam ulasannya pula, Encik Goh berkata beliau akan berundur setapak ke belakang dan akan memberikan pandangannya kepada pemerintah "di belakang tabir".

Encik Goh berkata, beliau sudah bertarung dalam 10 pilihan raya, dan sudah melihat tinggi rendahnya.

Katanya, walaupun anda melihat ke belakang untuk mempelajari iktibarnya, sentiasalah lihat ke hadapan. Masa depan, tambah beliau, kini di tangan Encik Tan Chuan-Jin dan pasukan generasi beliau dan para Anggota Parlimen yang lebih muda. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan