Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Teo: Dengan mandat kukuh, pasukan PAP akan kotakan janji

Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Pasir Ris-Punggol yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, menemui penduduk sepanjang pagi tadi untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2015 06:30PM Dikemas Kini : 13 Sep 2015 11:05PM

SINGAPURA: Pasukan-pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di pelbagai kawasan undi menemui penduduk sepanjang hari ini, untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka dalam Pilihan Raya Umum 2015.

Mereka termasuk pasukan GRC Pasir Ris-Punggol yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, yang meraih hampir 73 peratus undi, menewaskan Perikatan Demokratik Singapura (SDA).

Menurut Encik Teo, pasukannya menghargai sokongan padu para penduduk kawasan undi tersebut.

Tegas beliau, dengan mandat yang kukuh itu, pasukannya akan melakukan yang terbaik dan mengotakan janji-janji seperti pelan prasarana dan kerja-kerja naik taraf di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) itu.

Anggota Parlimen Dipilih bagi GRC tersebut, Encik Zainal Sapari, berkata: "Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan yang diberi oleh penduduk-penduduk di Pasir Ris-Punggol.

"Di dalam manifesto kami, kami telah melakarkan rancangan kami untuk membangunkan estet di kawasan perumahan GRC, dan insya Allah, kami akan penuhi rancangan-rancangan kami." 

Pasukan PAP bagi GRC Jalan Besar juga menemui para penyokongnya hari ini. Selain mengelilingi kawasan undi itu dengan menaiki bas, pasukan yang diketuai Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim tersebut juga berjalan kaki untuk mengucapkan terima kasih kepada para penduduk.

(Gambar: Yaacob Ibrahim/Facebook)

Pasukan PAP berkenaan mengatasi pasukan Parti Pekerja (WP) dengan meraih sekitar 68 peratus undi.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing dan pasukannya turut bertemu dengan penduduk Tanjong Pagar, untuk memberi penghargaan di atas sokongan mereka selepas kemenangan yang meyakinkan dalam Pilihan Raya Umum kelmarin.

Kawasan tersebut dianggap sebagai kubu kuat PAP, dan dipertandingkan buat kali pertama sejak 1991.

Meskipun pasukan PAP pimpinan Encik Chan mencatat kemenangan selesa ke atas parti SingFirst, beliau berkata, katanya, tugas beliau dan pasukannya di Tanjong Pagar masih belum lagi selesai.  

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan