Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chee Soon Juan timbulkan kemungkinan bekerjasama dengan WP

Setiausaha Agung Parti Demokratik Singapura (SDP), Chee Soon Juan berkata partinya mungkin akan menimbangkan untuk bekerjasama dengan Parti Pekerja (WP) dalam Pilihan Raya Umum seterusnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Chee Soon Juan timbulkan kemungkinan bekerjasama dengan WP

Setiausaha Agung SDP, Dr Chee Soon Juan. (Gambar fail: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 13 Sep 2015 10:27PM Dikemas Kini : 13 Sep 2015 10:31PM

SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Demokratik Singapura (SDP), Chee Soon Juan berkata partinya mungkin akan menimbangkan untuk bekerjasama dengan Parti Pekerja (WP) dalam Pilihan Raya Umum seterusnya.

Dalam tulisan di laman Facebooknya, Dr Chee berkata beliau meneliti keputusan pilihan raya dan sedang cuba memahaminya.

"Satu perkara yang dibangkitkan ramai daripada anda ialah, SDP dan WP harus bekerjasama lebih rapat dan menampilkan strategi dan mesej yang lebih selaras bagi pihak pembangkang dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Saya juga fikir kami perlu berbuat begitu, selepas mengambil kira keputusan pilihan raya," katanya.

Dr Chee menambah, beliau akan membincangkan hal itu dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat partinya minggu ini nanti. "Saya akan berikan anda perkembangan terkini," kata Dr Chee di laman Facebooknya.

Pasukan yang diterajui Dr Chee bagi GRC Holland-Bukit Timah meraih hanya 33.38 peratus undi dalam pilihan raya kali ini - merosot berbanding 39.92 peratus pada 2011.

SDP mencatat prestasi lebih buruk di kawasan-kawasan undi lain yang ditandinginya. Di SMC Bukit Batok, parti itu meraih 26.40 peratus undi, di SMC Bukit Panjang ia memperolehi 31.62 peratus undi, di GRC Marsiling-Yew tee, ia mendapat 31.27 peratus undi dan di SMC Yuhua, ia meraih 26.46 peratus undi.

Meskipun begitu, SDP mencatat prestasi lebih baik berbanding parti-parti pembangkang lain - kecuali WP - dalam Pilihan Raya Umum tahun ini. Ia memperolehi 3.76 peratus undi keseluruhan, lebih tinggi sedikit berbanding 3.53 peratus yang diraih Parti Perpaduan Nasional (NSP).

Sumber : Today/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan