Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tiket perlawanan akhir Piala FA M'sia mula dijual hari ini

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan semalam bahawa tiket-tiket bagi menyaksikan perlawan

Anggaran Waktu Membaca:
Tiket perlawanan akhir Piala FA M'sia mula dijual hari ini

SingaXII akan bertemu Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA M'sia 2015 di KL. (Gambar: SingaXII)

Diterbitkan : 20 May 2015 05:58AM Dikemas Kini : 24 May 2015 04:40PM

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan semalam bahawa tiket-tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Singa12 dengan Kelantan akan mula dijual hari ini.

Para penyokong SingaXII yang berminat untuk menonton perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini boleh membeli tiket Zon Biru yang diperuntukkan sebagai Zon Penyokong Singa12 dalam stadium tersebut.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, FAS menegaskan bahawa hanya penyokong dari Singapura saja yang dibenarkan membeli tiket yang diperuntukkan itu.

Kenyataan itu turut mendedahkan bahawa para pemegang tiket berkenaan hanya akan dibenarkan masuk ke zon tersebut menerusi Pintu Biru dan selepas pukul 4 petang Sabtu ini.

Tiket-tiket dijual pada harga $15 setiap satu di Box Office yang terletak di Pintu Utara Stadium Jalan Besar - setiap hari antara pukul 12 tengah hari dengan 8 malam hingga Jumaat ini.

Bagi mereka yang tidak dapat berkunjung ke Kuala Lumpur, mereka masih boleh menonton perlawanan tersebut secara langsung menerusi saluran SuperSports Arena StarHub.

Pasukan SingaXII berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir setelah menewaskan Terengganu dalam perlawanan sengit Sabtu lalu.

Keputusan perlawanan tersebut mencetuskan rusuhan di Terengganu dan Menteri Besar Kelantan menyeru kepada rakyat negeri itu supaya mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi semasa menonton perlawanan akhir itu kelak.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan