Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

T'ganu akan tarik diri jika wujud ketidakadilan pada perlawanan menentang Singa XII Sabtu lalu

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menghantar surat bantahan rasmi berhubung aksi separuh akhir kedua Piala FA kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk hamidin Mohd Amin, semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
T'ganu akan tarik diri jika wujud ketidakadilan pada perlawanan menentang Singa XII Sabtu lalu

Gambar dari laman rasmi LionsXII.

Diterbitkan : 19 May 2015 06:46PM Dikemas Kini : 24 May 2015 03:52PM

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menghantar surat bantahan rasmi berhubung aksi separuh akhir kedua Piala FA kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, semalam.

Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman supaya menarik diri dari saingan Liga Malaysia seandainya wujud ketidakadilan dalam penilaian FAM pada perlawanan menentang Lions XII, Sabtu lepas.

"Kami sebenarnya akur dan bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar kalau perkara ini dilihat ada sedikit penyelewengan, maka kami akan tarik diri daripada Liga Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PBSNT.

Hadir sama Timbalan Presiden Marzuki Sulong dan Setiausaha Agung PBSNT Arpin Draman.

Menurut Datuk Wan Ahmad Nizam, pihaknya menyokong dan bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Khairy Jamaluddin supaya FAM mengkaji secara terperinci mengenai insiden itu.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu bertukar menjadi kecoh apabila penyokong Terengganu merusuh kerana tidak berpuas hati dengan pengadil yang membatalkan jaringan gol keempat skuad Penyu.

Sumber : Bernama/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan