Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala FA: Singa XII kalahkan KL SPA 4-0

Setelah dua tahun, pasukan Singa XII berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA Malaysia, apabila mengalahkan KL SPA, 4-0 dalam pusingan ketiga.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala FA: Singa XII kalahkan KL SPA 4-0

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 22 Mar 2015 09:11PM Dikemas Kini : 24 May 2015 04:41PM

SINGAPURA: Setelah dua tahun, pasukan Singa XII berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA Malaysia, apabila mengalahkan KL SPA, 4-0 dalam pusingan ketiga.

Di peringkat suku akhir nanti, Singa XII akan menentang Johor Darul Takzim II.

Dalam perlawanan semalam, tirai jaringan gol dibuka oleh Madhu Mohana pada minit ke-17 perlawanan. Sepuluh minit kemudian, Khairul Amri menjaringkan gol kedua. 

Dalam babak kedua, Gabriel Quak meluaskan jurang gol kepada 3-0.  Tendangan percuma pada minit ke-84 tidak disia-siakan Izzdin Shafiq untuk jaringan keempat Singa XII.  

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan