Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Segmen khas dalam NDP 2015 bagi peringati Lee Kuan Yew

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan menampilkan sebuah segmen khas bagi memperingati mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Apr 2015 01:17PM Dikemas Kini : 07 Apr 2015 02:51PM

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan menampilkan sebuah segmen khas bagi memperingati mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Demikian didedahkan oleh Menteri Pertahanan Ng Eng Hen hari ini. 

Menulis di laman Facebooknya hari ini, Dr Ng berkata, "Tema NDP 2015 tetap akan meraikan kemajuan dan pencapaian Singapura".

Beliau menambah, "Kita perlu bangkit semula sebagai sebuah negara dan Encik Lee sendiri pastinya mahukan kita semua berbuat demikian."

Menurut beliau lagi. "Jawatankuasa Penganjur telah memutuskan untuk menyelitkan satu segmen khas bagi meraikan kehidupan dan memperingati pencapaian Encik Lee. Sebagai tanda hormat, kerusi mendiang di NDP 2015 akan dikosongkan, sedang kita menyaksikan Perbarisan di Padang."

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan