Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hari terakhir pameran "Peringatan: Lee Kuan Yew" masih mendapat sambutan ramai

Lebih 200,000 orang mengunjungi pameran Peringatan: Lee Kuan Yew di Muzium Negara sejak ia dibuka kepada orang ramai pada 25 Mac lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jun 2015 07:55PM Dikemas Kini : 28 Jun 2015 09:25PM

SINGAPURA: Lebih 200,000 orang mengunjungi pameran "Peringatan: Lee Kuan Yew" di Muzium Negara sejak ia dibuka kepada orang ramai pada 25 Mac lalu.

Hari ini merupakan hari terakhirnya namun masih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara dilihat membanjiri pameran tersebut sebelum ia ditutup.

Pameran tersebut memberi penghormatan kepada Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Ia memaparkan pelbagai koleksi gambar, rakaman audiovisual serta artifak dari Koleksi Negara yang menyusuri kehidupan serta kerjaya politik mendiang.

Bagaimanapun tempoh pembukaannya dilanjutkan berikutan sambutan luar biasa.

Para pengunjung yang ditemui berkata pameran ini mempunyai banyak nilai pendidikan yang juga menyeronokkan. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan