Talian President's Star Charity dibuka, Presiden Halimah Yacob buat kemunculan pertama
Talian derma kini dibuka bagi konsert amal "President's Star Charity (PSC)."
SINGAPURA: Talian derma kini dibuka bagi konsert amal "President's Star Charity (PSC)."
Presiden Halimah Yacob akan membuat kemunculan pertamanya selaku Tetamu Kehormat bagi acara tahun ini, iaitu yang ke-24 kali dianjurkan.
Para penonton hari ini berpeluang melihat sedutan persembahan yang bakal dijayakan artis-artis Mediacorp.
Bertemakan "It Takes All Of Us" atau Ia Perlukan Kita Semua, sorotan utama acara tersebut antara lain akan menampilkan penyanyi veteran Rahimah Rahim yang akan mendendangkan dua buah lagu dengan diiringi Orkestra Melayu Singapura.
"Untuk semua penonton di luar sana yang akan menonton President's Star Charity tahun ini, silalah menderma dan membantu mereka yang memerlukan. Jadi kita sama-sama membuat sumbangan yang baik untuk negara," gesa penyanyi veteran Rahimah Rahim kepada para penonton.
Tahun lalu, lebih $7 juta dikumpul menerusi rancangan itu.
Hasil kutipan kali ini akan disalurkan kepada 52 badan amal yang disokong Cabaran Presiden.
Persembahan amal ini akan disiarkan secara langsung di Saluran 5 dan Toggle pada Ahad, 10 Disember, jam 7.30 malam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.