Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura boleh belajar dari semangat inovasi Belanda: Presiden Halimah Yacob

Sedang Singapura memikirkan tentang ekonomi masa hadapan, negara ini boleh meraih inspirasi daripada semangat inovasi yang tinggi di Belanda. Presiden Halimah Yacob berkata demikian semalam (24 Nov) semasa lawatan negara beliau ke Belanda.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura boleh belajar dari semangat inovasi Belanda: Presiden Halimah Yacob

Presiden Halimah Yacob berkata beliau tertarik dengan bagaimana negara Belanda menggunakan teknologi untuk mempertingkatkan daya penghasilan. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 25 Nov 2018 06:18PM Dikemas Kini : 25 Nov 2018 06:25PM

AMSTERDAM: Sedang Singapura memikirkan tentang ekonomi masa hadapan, negara ini boleh meraih inspirasi daripada semangat inovasi yang tinggi di Belanda. Presiden Halimah Yacob berkata demikian semalam (24 Nov) semasa lawatan negara beliau ke Belanda.

Bercakap kepada para wartawan di akhir lawatan itu, Presiden Halimah berkata beliau rasa kagum dengan keupayaan rakyat Belanda untuk "menukar kesukaran kepada peluang".

Sebagai contoh, Puan Halimah merujuk kepada "kisah air" negara Belanda. Hampir satu pertiga negara Belanda berada di bawah paras laut. Jika negara itu tidak melindungi dirinya, separuh daripada negara itu akan ditenggelami air.

Usaha melindungi negara itu bukanlah sesuatu yang mudah namun sejak tahun-tahun lalu, ia berupaya menghasilkan pelbagai huraian seperti membangunkan terusan, stesen-stesen mengepam dan daik bagi membantunya menangani masalah tersebut.

"Mereka menjalankan kajian selama 400 tahun bagi menghasilkan langkah-langkah mengawal banjir tetapi mereka tidak berhenti di situ sahaja, malah mereka terus menyesuaikan langkah-langkah tersebut dan memperhalusinya. Dan kini mereka adalah negara pendahulu di dunia bagi langkah-langkah penyesuaian iklim," kata Puan Halimah.

KESELAMATAN MAKANAN

Pencapaian negara Belanda dalam bidang jaminan makanan juga merupakan salah satu bidang yang relevan bagi Singapura.

Semasa lawatannya ke rumah hijau ladang menegak Universiti Wageningen, Puan Halimah berkata beliau tertarik dengan bagaimana negara Belanda menggunakan teknologi untuk mempertingkatkan daya penghasilan, yang sudah membantu negara itu menjadi pengeksport kedua terbesar makanan di dunia berdasasarkan nilai.

Bagi memupuk semangat inovasi, Presiden Halimah menyarankan supaya sikap ingin tahu disemai dari usia muda lagi.

"Apabila kanak-kanak pulang dari sekolah, jangan tanya mereka sama ada mereka sudah selesai melakukan kerja rumah mereka... sebaliknya, tanya mereka apakah soalan-soalan yang mereka tanya kepada guru-guru mereka," kata beliau.

"Ia mungkin kehilatan amat mudah, tetapi ia tidak begitu mudah. Ia menggalak kanak-kanak supaya berfikir. Sudahkah anda berfikir tentang sebarang isu? Sudahkah anda bertanya guru-guru anda mengenai isu-isu tersebut? Dan kemudian, anda sebarkan tabiat itu dalam kalangan masyarakat."

Presiden Halimah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah satu pengalaman yang amat memberi manfaat dan beliau berharap lawatan negara itu akan membantu memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan