Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Puan Halimah Yacob utus kawat takziah kepada Presiden Mexico

Gempa 7.1 skala Richter itu meragut nyawa lebih 220 orang. Jumlah kematian dijangka terus meningkat sedang pasukan penyelamat membongkar celah-celah runtuhan bangunan untuk mencari mangsa-mangsa yang terperangkap.

Anggaran Waktu Membaca:
Puan Halimah Yacob utus kawat takziah kepada Presiden Mexico

Seorang wanita diberikan bantuan kecemasan disebabkan gempa bumi yang melanda Mexico. (Gambar: AFP)

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengutuskan kawat takziah kepada rakan sejawatannya di Mexico, Presiden Enrique Peña Nieto, berhubung gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Selasa (19 Sep).

Gempa 7.1 skala Richter itu meragut nyawa lebih 220 orang. Jumlah kematian dijangka terus meningkat sedang pasukan penyelamat membongkar celah-celah runtuhan bangunan untuk mencari mangsa-mangsa yang terperangkap.

Dalam suratnya itu, Presiden Halimah juga meluahkan bahawa beliau teramat sedih dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang berlaku disebabkan bencana berkenaan.

Mentelah lagi, menurut Puan Halimah, ia berlaku selepas negara itu cuba bangkit daripada gempa yang berlaku sebelum ini pada 7 September.

"Bagi pihak rakyat Singapura, saya mengirimkan salam takziah kepada para keluarga mangsa. Kami berdoa agar anda dapat mengatasi masa yang susah ini.

"Saya yakin warga Mexico akan teguh dan berani mengatasi malapetaka ini. Saya berharap juga Mexico akan menangani kesan daripada tragedi ini dengan segera," tulis Puan Halimah.

RAKYAT S'PURA DI MEXICO DINASIHATI AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA

Dalam pada itu menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), tiada rakyat Singapura yang dilaporkan cedera dalam bencana itu.

MFA menasihati rakyat Singapura yang berada di kawasan terjejas supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan memantau berita tempatan.

Mereka juga dinasihati supaya menghubungi keluarga dan rakan mereka. Sesiapa yang memerlukan bantuan konsulat dengan segera harus menghubungi Pejabat Bertugas MFA yang beroperasi sepanjang 24 jam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan