Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob rasmikan pembukaan Galeri Warisan di KL

Presiden Halimah Yacob merasmikan pembukaan Galeri Warisan di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2018 07:56PM Dikemas Kini : 21 Sep 2018 10:10PM

KUALA LUMPUR: Presiden Halimah Yacob merasmikan pembukaan Galeri Warisan di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.

Acara itu bersempena lawatan kerja Presiden Halimah selama dua hari ke Malaysia.

Presiden Halimah juga menemui masyarakat Singapura di Kuala Lumpur dalam majlis yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura.

Presiden Halimah melawat Kuala Lumpur bagi menghadiri kejohanan Golf Canselor antara Universiti Malaya dengan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Beliau hadir sebagai Canselor NUS.

Pada petang Selasa (18 Sep), Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Muhammad V, menerima kunjungan hormat Presiden Halimah Yacob di Istana Negara.

Presiden Halimah menandatangani buku pelawat istana sebelum pertemuan khas itu yang berlangsung selama sejam.

Beliau diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan