Presiden Halimah Yacob

Images
  • halimah nyc
    Presiden Halimah Yacob semasa pelancaran bagi Minggu Perkhidmatan "Youth Corp". 

Presiden Halimah Yacob akan jadi penaung pertama NYC

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob bakal menjadi penaung yang pertama bagi Majlis Belia Kebangsaan (NYC).

Pengumuman tersebut dibuat di acara pelancaran bagi Minggu Perkhidmatan "Youth Corp", hari ini (10 Mac).

Menurut Presiden Halimah, kegiatan sukarelawan bukan sahaja membolehkan para belia untuk memberi kembali kepada masyarakat,
ia juga membantu mereka menjadi warga yang aktif.

Ini kerana para relawan memahami kepentingan untuk saling bantu membantu dan berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat.

Mereka juga belajar untuk saling menghargai, bersifat empati dan sayang terhadap negara.  

- CNA/fa

Top