Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah ucap Selamat Tahun Baru, gesa rakyat perkukuh perpaduan sosial

Rakyat Singapura digesa supaya memperkukuh perpaduan sosial dengan membina jambatan antara masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Dec 2017 04:13PM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 11:02PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura digesa supaya memperkukuh perpaduan sosial dengan membina jambatan antara masyarakat.

Demikian menurut Presiden Halimah Yacob dalam mesej Tahun Baru beliau yang dikongsi di laman Facebooknya.

Sedang tahun 2017 melabuhkan tirainya, Puan Halimah melahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Singapura kerana memberi beliau peluang untuk berkhidmat sebagai presiden.

Beliau juga menekankan kekuatan Singapura dalam menghormati kepelbagaian dan menyediakan peluang-peluang yang sama rata.

"Sedang kita memasuki Tahun Baru, marilah kita meneruskan kekuatan ini. Bina jambatan antara masyarakat dan kekal bersatu. Semoga tahun baru anda dan keluarga indah, makmur dan aman."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan