Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah suarakan rasa gembira dengan trend wanita pimpin badan korporat, sosial

Presiden Halimah Yacob menyuarakan rasa gembira dengan trend kaum wanita mengambil peranan-peranan kepimpinan, sama ada dalam bidang korporat mahupun dalam badan-badan masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Presiden Halimah Yacob menyuarakan rasa gembira dengan trend kaum wanita mengambil peranan-peranan kepimpinan, sama ada dalam bidang korporat mahupun dalam badan-badan masyarakat.

Golongan wanita kata beliau, "membawa perspektif berbeza dan kemahiran-kemahiran penting bagi sebarang pertubuhan".

Lantaran itu, Puan Halimah berkata beliau yakin, kepelbagaian dalam kepimpinan korporat dan badan-badan masyarakat, akan saling menguntungkan badan-badan mahupun individu wanita berkenaan.

Presiden Halimah menyatakan demikian semasa berucap di acara Anugerah Ibu Teladan 2017 anjuran Jamiyah petang tadi (30 Sep). Acara tersebut dianjurkan buat kali ke 25 oleh badan Melayu/Islam itu.

S'PURA ADA STRUKTUR GALAK WANITA KELUAR BEKERJA

Dalam ucapannya ini, beliau juga melahirkan rasa sangat gembira bahawa Singapura mempunyai struktur dan program yang membantu lebih ramai kaum wanita keluar bekerja serta menyumbang kepada ekonomi Singapura.

Puan Halimah juga menarik perhatian bahawa Pemerintah sudah memulakan beberapa inisiatif seperti SkillsFuture dan Program Penukaran Profesional (PCP) untuk membantu kaum wanita kembali ke pasaran pekerjaan.

Sejauh ini tambah beliau, 60.4% wanita di negara ini menyertai pasaran pekerjaan tahun lalu - pertambahan 5 peratusan mata berbanding sedekad lalu.

"Syarikat-syarikat hari ini digalak untuk menawarkan kerja fleksibel untuk membantu ibu bapa mengimbangi kerja dan kehidupan.

"Mengukuhkan keluarga adalah aspek penting teras pemerintah ke arah masyarakat lebih utuh," kata Puan Halimah lagi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NF/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan