Skip to main content

Iklan

Iklan

Presiden Halimah sokong kerja pemimpin silang agama demi galak keharmonian di S'pura

Presiden Halimah Yacob melahirkan sokongan terhadap kerja-kerja para pemimpin silang agama dalam menggalak keharmonian agama di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Sep 2017 06:57PM Dikemas Kini : 29 Sep 2017 12:15AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob melahirkan sokongan terhadap kerja-kerja para pemimpin silang agama dalam menggalak keharmonian agama di Singapura.

Puan Halimah menyatakan demikian semasa bertemu dengan para anggota Pertubuhan Antara Agama (IRO) di Istana siang tadi (28 Sep) di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka atas segala usaha yang dilakukan.

Pertubuhan yang mewakili 10 agama berbeza itu sudah berkhidmat lebih 60 tahun.

Menurut Presiden Halimah, IRO memainkan peranan penting terutama sedang ancaman pengganasan di paras tinggi sekarang ini.

"Selagi kita lihat, apa yang berlaku di sekeliling Singapura di mana isu-isu tentang agama dan bangsa mempunyai potensi menjadi isu-isu yang dapat dilaga-lagakan yang akan menimbulkan konflik.

"Jadi usaha mereka untuk mempereratkan perhubungan untuk menggalakkan persefahaman amatlah penting," kata Puan Halimah.  

Sumber : CNA/FZ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan