Presiden Halimah Yacob

Images
  • plane crash russia
    Pesawat Antonov An-148 terhempas dekat ibu kota Moscow. (Gambar: Reuters/Stringer)

Presiden Halimah, PM Lee utus kawat takziah kepada pemimpin Rusia

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutus kawat takziah kepada Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Rusia Dmitry Medvedev menyusuli nahas pesawat dekat Moscow Ahad lalu (11 Feb).

Pesawat syarikat Saratov Airlines terhempas semasa dalam penerbangan ke Orsk. Semua 71 penumpang dan anak kapal maut dalam tragedi tersebut, menjadikannya salah satu nahas penerbangan terburuk di Rusia

Dalam surat yang bertarikh 12 Februari kepada Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Halimah berkata beliau "amat sedih" apabila mendapat tahu tentang kemalangan itu dan "kehilangan nyawa" kesemua penumpang-penumpang dan anak kapal penerbangan berkenaan.

"Bagi pihak rakyat Singapura, saya menyampaikan ucap takziah amat mendalam kepada anda dan rakyat Rusia.

"Ingatan kami bagi keluarga para mangsa," demikian menurut surat itu.

PM Lee dalam suratnya kepada Perdana Menteri Rusia Dmitry Medvedev yang bertarikh 13 Februari juga menyampaikan "ucap takziah yang amat mendalam".

"Saya menyampaikan ucapan takziah yang amat mendalam kepada anda, kepada keluarga para mangsa dan rakyat Persekutuan Rusia berikutan nahas pesawat Saratov Airlines pada 11 Februari 2018.

"Ingatan kami bagi mereka yang terjejas oleh tragedi ini dalam tempoh yang sukar ini," kata PM Lee dalam suratnya. 

- CNA/SM/sm

Top