Skip to main content

Iklan

Iklan

Presiden Halimah lawat kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah

Presiden Halimah Yacob mengunjungi kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah pagi tadi (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2017 07:53PM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 10:10PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengunjungi kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah pagi tadi (21 Dis).

Kunjungan tersebut diadakan di 'Child at Street 11', sebuah pertubuhan yang menyediakan khidmat penjagaan kanak-kanak kurang bernasib baik.

Sewaktu kunjungannya, Presiden Halimah melihat-lihat sesi bercerita dan berinteraksi dengan beberapa kanak-kanak yang tamat kelas tadika K2 tentang buku yang ditulis oleh mereka.

Murid-murid berkenaan membaca beberapa tukilan dari buku tersebut khas bagi Puan Halimah.

Presiden Halimah turut menurunkan tandatangannya pada buku tersebut.


Sumber : CNA/UR/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan