Presiden Halimah lahir harapan penghuni RKM berkembang, sumbang kepada masyarakat
Presiden Halimah Yacob melakukan kunjungan ke Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) tengah hari tadi (23 Sep).
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob melakukan kunjungan ke Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) tengah hari tadi (23 Sep).
Semasa kunjungan tersebut, Puan Halimah meluangkan masa untuk makan tengah hari bersama para penghuni RKM sambil berkongsi harapan dan impian masing-masing.
"Harapan saya adalah bagi setiap daripada mereka untuk berkembang dan menyumbang kepada masyarakat," tulis beliau dalam catatan di laman Facebook.
Puan Halimah turut menghidangkan makanan tengah hari kepada para penghuni terdiri daripada sajian spaghetti dan ayam goreng.
Sebagai tanda penghargaan beliau dihadiahkan sebakul buah-buahan, yang ditanam sendiri di taman RKM.
Puan Halimah berkata: "Saya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Muhammadiyah atas dedikasi mereka, bekerja tanpa lelah dan dengan penuh bersemangat bagi membantu para penghuni maju setapak ke arah impian mereka."
RKM adalah tempat perlindungan bagi para belia yang menghadapi cabaran hidup.
(Gambar-gambar: Betty Chua/MCI)
Sehubungan itu, RKM turut menyuarakan rasa berbesar hati atas kehadiran Puan Halimah untuk menaja makan tengah hari bersama dalam catatannya di laman Facebook petang tadi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.