Presiden Halimah Yacob

Images
  • halimah mrt
    Presiden Halimah Yacob bersama kakitangan SMRT.

Presiden Halimah: Kakitangan pengangkutan awam 'sangat komited'

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob melawat Depot SMRT di Bishan hari ini (14 Mac) sebagai tanda sokongan dan penghargaan beliau kepada 21,000 pekerja yang mengendalikan sistem pengangkutan Singapura.

Presiden Halimah menemui kakitangan dan diberi taklimat mengenai kerja penyenggaraan dan baik pulih MRT.

Bercakap kepada media, Puan Halimah berkata sistem pengangkutan awam Singapura adalah tulang belakang negara.

Ia menghubungkan rakyat bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga menyokong mutu kehidupan.

Beliau menambah, kerja-kerja bagi memperbaiki sistem tersebut bermakna para pekerja terpaksa bekerja masa yang panjang.

Menurut Puan Halimah, para pekerja mempunyai semangat amat tinggi, amat berdedikasi dan amat komited dengan ramai yang telah bekerja bersama MRT sejak lebih 30 tahun.

"Ini petanda yang jelas bahawa mereka rasa yang mereka perlu memberi sumbangan ke arah menjadikan kehidupan rakyat lebih baik, dengan bekerja dalam sistem pengangkutan awam, dalam sistem kereta api," ulas Puan Halimah.  

- CNA/MM/fa

Top