Skip to main content

Iklan

Iklan

Presiden Halimah gesa majikan tawarkan latihan amali kepada pelajar berkeperluan khas

Pihak Istana sedang menerajui usaha ini dengan menawarkan pelajar-pelajar keperluan khas peluang latihan amali, buat kali pertama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Oct 2017 07:29PM Dikemas Kini : 25 Oct 2017 11:35PM

SINGAPURA: Para majikan digalak untuk menawarkan latihan amali kepada pelajar-pelajar dengan keperluan khas.

Presiden Halimah Yacob berkata peluang itu membantu mereka memperoleh kemahiran yang diperlukan.

Pihak Istana sedang menerajui usaha ini dengan menawarkan pelajar-pelajar keperluan khas peluang latihan amali, buat kali pertama.

Sebahagian daripada mereka belajar bagaimana membuat pastri di dapur Istana, yang lainnya mengasah kemahiran berkebun di Taman Rempah-ratus Istana dengan bantuan Lembaga Taman Negara.

Puan Halimah mengunjungi ketujuh-tujuh pelajar ini hari ini (25 Okt).

Beliau mengusulkan idea agar pihak Istana dapat berkerjasama dengan Persatuan bagi Orang-Orang Berkeperluan Khas atau APSN dalam membangunkan program latihan amali.

Ini menyusuli lawatannya sebelum ini, di mana beliau diberitahu bahawa sukar bagi pelajar-pelajar APSN untuk mendapatkan latihan sedemikian.

"Jadi pada pendapat saya, kita tidak harus melihat pelajar-pelajar APSN sebagai mereka yang tidak mempunyai kebolehan, mereka mempunyai kebolehan. Kadang kala kita terpaksa mengubah suai sedikit kerja-kerja yang kita lakukan, cara bekerja namun saya rasa ini adalah perkara-perkara yang kecil, dan bukan sukar bagi kita untuk mengatasi. Jadi bila kita mengatakan tentang bagaimana mengadakan sebuah masyarakat yang inklusif bukan sekadar bercakap, namun kita harus menunjukkan contoh. Saya berharap bahawa majikan-majikan lain akan berikan sokongan yang bersepadu kepada pelajar-pelajar kita dari APSN," kata Puan Halimah

Sumber : CNA/UR/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan