Skip to main content

Iklan

Iklan

Presiden Halimah galak S'pura, Brunei teroka bidang kerjasama baru

Presiden Halimah Yacob berharap banyak lagi kerjasama dapat dijalin antara Singapura dengan Brunei, bukan setakad perjanjian-perjanjian yang ada sekarang, tetapi juga dalam bidang-bidang baru yang belum diteroka.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah galak S'pura, Brunei teroka bidang kerjasama baru

Gambar: Halimah Yacob/Facebook

Diterbitkan : 14 May 2018 06:05PM Dikemas Kini : 14 May 2018 06:08PM

BANDAR SERI BEGAWAN: Presiden Halimah Yacob berharap banyak lagi kerjasama dapat dijalin antara Singapura dengan Brunei, bukan setakad perjanjian-perjanjian yang ada sekarang, tetapi juga dalam bidang-bidang baru yang belum diteroka.

Presiden Halimah berkata demikian kepada media pada akhir lawatan negaranya yang pertama ke Brunei.

Menurut beliau, lawatan itu mengukuhkan lagi tunggak utama kerjasama antara Singapura dengan Brunei.

Ini termasuk hubungan yang lama terjalin dalam pertahanan dan kewangan.

Dalam pada itu, Presiden Halimah juga mengunjungi para anggota Angkatan Bersenjata Singapura yang menjalani latihan di Brunei.

Beliau juga menyaksikan perjanjian-perjanjian ditandatangani dalam bidang teknologi kewangan dan Perisikan Kewangan .

Satu lagi bidang yang menarik perhatiannya adalah usaha Brunei membangun daya tenaga mampan.

Ini, kata beliau, adalah sesuatu yang boleh dipelajari.

Walaupun Brunei kaya dengan hasil minyak, negara itu kata beliau masih berusaha ke arah kemampanan daya tenaga.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan