Presiden Halimah Yacob

Images
  • halimah (6)
    Presiden Halimah bertemu dengan Menteri Luar China Wang Yi. (Gambar: Halimah Yacob/ Facebook)

Presiden Halimah bertemu Menteri Luar China, sahkan hubungan dua hala

SINGAPURA: Singapura dan China mengesahkan lagi hubungan "akrab dan mencakupi pelbagai bidang" dua hala. Ini dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi selepas pertemuannya dengan Presiden Halimah Yacob di Istana.

Puan Halimah menyatakan menerusi catatan Facebooknya bahawa beliau dan Encik Wang Yi membincangkan tentang hubungan rapat antara kedua-dua negara serta perkembangan serantau dan kerjasama meluas dalam pelbagai bidang.

Beliau menambah, Singapura akan terus memainkan peranan yang positif dan membina dalam hubungan antara ASEAN dengan China.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Encik Wang ke Singapura.

Beliau mengadakan lawatan ke Singapura bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-China.  

- CNA/MM/aq

Top