Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah 'balik kampung' ke sekolah lamanya, TKGS, ajak pelajar kupas erti kepimpinan

Para ketua pelajar di Sekolah Perempuan Tanjong Katong (TKGS) menerima kunjungan istimewa daripada salah seorang alumni mereka hari ini (27 Jun) - iaitu tidak lain dan tidak bukan, Presiden Halimah Yacob.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jun 2018 06:45PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 10:09PM

SINGAPURA: Para ketua pelajar di Sekolah Perempuan Tanjong Katong (TKGS) menerima kunjungan istimewa daripada salah seorang alumni mereka hari ini (27 Jun) - iaitu tidak lain dan tidak bukan, Presiden Halimah Yacob.

Dalam sesi itu, mereka turut membincangkan tentang bagaimana kepimpinan juga banyak meliputi unsur-unsur perkhidmatan.

Bagi Presiden Halimah, lawatan ini banyak membawa kembali kenangan manis semasa beliau menuntut di TKGS dari 1972 hingga 1973 bagi pendidikan prauniversiti.

Para pelajar juga sama-sama terasa teruja dengan kehadiran tetamu terhormat itu serta berbangga melihat salah seorang alumninya berjaya menjadi presiden wanita pertama Singapura.

Dalam sesi dialog itu juga, Presiden Halimah berkongsi pengalamannya menyandang jawatan Presiden dan mengingatkan para pelajar tentang erti sebenar kepimpinan. 

Sumber : CNA/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan