Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MENDAKI, CDAC, SINDA dan Persatuan Serani adakan jamuan malam bersama Presiden Halimah

Empat badan bantu diri iaitu Yayasan MENDAKI, Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persatuan Masyarakat India Singapura (SINDA) dan Persatuan Serani mengadakan majlis jamuan malam untuk Presiden Halimah Yacob.

Anggaran Waktu Membaca:
MENDAKI, CDAC, SINDA dan Persatuan Serani adakan jamuan malam bersama Presiden Halimah
Diterbitkan : 16 Oct 2017 09:07PM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 12:20AM

SINGAPURA: Empat badan bantu diri iaitu Yayasan MENDAKI, Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persatuan Masyarakat India Singapura (SINDA) dan Persatuan Serani mengadakan majlis jamuan malam untuk Presiden Halimah Yacob.

Majlis malam ini (16 Okt) memberi peluang kepada badan-badan masyarakat untuk berinteraksi dengan Presiden Halimah sekali gus menyediakan Presiden Halimah dengan pemahaman yang lebih baik mengenai peranan dan usaha badan-badan itu dalam menyokong masyarakat yang mereka wakili dan masyarakat umum.

Badan-badan tersebut berharap untuk terus meneroka peluang kerjasama bagi berkhidmat kepada warga Singapura, selaras dengan seruan Presiden Halimah iaitu membina "Singapura yang lebih baik dan masa depan lebih baik untuk semua warga Singapura".

Menurut CEO MENDAKI Cik Rahyu Buang:"Acara malam ini menunjukkan tahap kerjasama antara keempat-empat badan bantu diri di mana kami telah banyak kerjasama untuk mengadakan program-program yang dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat tidak kira kaum.

Jadi ini adalah satu nilai yang kami sokong, inspirasi Puan Halimah Yacob untuk bekerjasama dan melakukan kebaikan bersama."

Majlis dihadiri sekitar 100 anggota lembaga, pemimpin masyarakat dan para kakitangan dari empat badan bantu diri.  

Sumber : BERITA Mediacorp/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan