Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Lakukan bahagian kita untuk bantu Presiden berjaya'

Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong memberikan sokongannya kepada Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob. Dalam ucapan sokongannya itu yang ditulis dalam akaun Facebooknya, beliau turut menggesa rakyat Singapura untuk "membantu Presiden agar berjaya".

Anggaran Waktu Membaca:
'Lakukan bahagian kita untuk bantu Presiden berjaya'

Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong. (Gambar fail: TODAY/Wee Teck Hian)

Diterbitkan : 14 Sep 2017 07:15PM Dikemas Kini : 19 Sep 2017 04:38PM

SINGAPURA: Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong memberikan sokongannya kepada Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob. Dalam ucapan sokongannya itu yang ditulis dalam akaun Facebooknya, beliau turut menggesa rakyat Singapura untuk "membantu Presiden agar berjaya".

"Proses bagaimana Puan Halimah menjadi seorang Presiden mungkin sesuatu yang sangat kontroversil, namun beliau bukan merupakan seorang yang kontroversil," tulis ESM Goh hari ini (14 Sep).

Puan Halimah merupakan satu-satunya calon yang layak untuk bertanding bagi jawatan Presiden bulan ini dan mengangkat sumpah jawatan hari ini (14 Sep) selepas menang tanpa bertanding pada Hari Pencalonan.

Walaupun mantan Speaker Parlimen itu merupakan seorang ahli politik yang popular, dan sudah berkhidmat dalam pergerakan buruh bertahun-tahun lamanya, rakyat Singapura meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana tidak diberikan kesempatan untuk mengundi.

Encik Goh, yang merupakan mantan Perdana Menteri kedua Singapura, menyenaraikan pencapaian Puan Halimah dan menekankan bahawa semangat Puan Halimah dalam membantu orang lain, "tidak cetek".

"Motivasi, dedikasi, dan keinginannya untuk berkhidmat dan membantu orang lain bukan tidak cetek. Saya tidak ada keraguan bahawa Puan Halimah akan mendapat penghormatan dan sokongan rakyat sebagai seorang Presiden yang rendah diri, berpijak di bumi dan ikhlas serta mempunyai hati yang baik kepada semua orang, tidak kira status, kekayaaan, keupayaan, kaum atau agama," tulis ESM Goh di Facebook.

"Puan Halimah tidak bercita-cita untuk menjadi seorang Presiden, namun beliau akan berkhidmat dengan sepenuh hatinya, sekarang beliau sudahpun dilantik."

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan