Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cabaran Presiden 2019 beri tumpuan kepada kesihatan mental

Cabaran Presiden tahun depan akan memberi tumpuan kepada kesihatan mental walaupun ia akan terus memberi sokongan kepada pelbagai usaha sosial lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Oct 2018 07:56PM Dikemas Kini : 04 Oct 2018 09:15PM

SINGAPURA: Cabaran Presiden tahun depan akan memberi tumpuan kepada kesihatan mental walaupun ia akan terus memberi sokongan kepada pelbagai usaha sosial lain.

Presiden Halimah Yacob mengumumkan demikian hari ini (4 Okt) sambil merujuk kepada hasil kajian yang mendapati bahawa kebanyakan responden tidak sanggup bekerja atau tinggal dekat dengan orang-orang yang mengalami masalah kesihatan mental.

Presiden Halimah menambah bahawa dalam kajian yang dijalankan tahun lalu itu, sekurang-kurangnya separuh responden percaya bahawa mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental tidak seharusnya diberi sebarang tanggungjawab.

Pada tahun depan, soal kesihatan mental akan menjadi tumpuan Cabaran Presiden, iaitu satu kempen tahunan bagi mengumpul dana dan mendekati masyarakat.

Presiden Halimah juga menggalak pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarelawan yang memberi sokongan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental supaya memanfaatkan Dana 'Empowering for Life' (Mengupaya Sepanjang Hayat) yang membantu golongan lemah mendapatkan pekerjaan.

Ia dilancarkan pada Februari tahun ini.

Presiden Halimah berkata demikian semasa berucap di Sidang Puncak Global bagi Pejuang Kesihatan Mental yang diadakan buat julung-julung kalinya. Acara itu diadakan di Kelab Akar Umbi di Ang Mo Kio.

Sidang puncak itu adalah inisiatif bersama oleh pertubuhan bukan meraih keuntungan, Silver Ribbon Singapore dan syarikat farmaseutikal Denmark, Lundbeck.

Ia bertujuan menyediakan satu wadah untuk pihak-pihak berkepentingan global menggalak kesihatan mental dan mengongsi amalan terbaik. 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan