Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bakal Presiden Halimah Yacob mulakan hari pertama di Istana, pertimbangkan Istana lebih "dimesrakan" untuk rakyat

Bakal Presiden Puan Halimah Yacob memulakan tugas di Istana, menjelang upacara mengangkat sumpah petang nanti (13 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Sep 2017 01:02PM Dikemas Kini : 19 Sep 2017 04:42PM

SINGAPURA: Bakal Presiden Puan Halimah Yacob memulakan tugas di Istana, menjelang upacara mengangkat sumpah petang nanti (13 Sep).

Mantan Speaker Parlimen itu dijemput dari rumahnya di Yishun dalam kereta negara dan tiba di Istana pada sekitar 9.30 pagi.

Di sana, beliau disambut oleh kakitangan pejabat Presiden.

Cik Halimah, 63 tahun, menang tanpa bertanding dan diisytiharkan sebagai Presiden Singapura yang kelapan semalam.

Beliau mencipta sejarah sebagai Presiden wanita Singapura yang pertama dan Presiden Melayu yang kedua selepas Presiden Yusof Ishak dalam tempoh 47 tahun.

Cik Halimah dibawa keliling Istana dan kemudian memberitahu pihak media beliau sedang mempertimbangkan bagaimana untuk membuat kediaman rasmi Presiden itu lebih mudah diakses kepada rakyat.

"Saya rasa saya telah pun diberikan maklumat tentang Istana dan juga pelbagai khidmat yang diadakan oleh Istana. Satu perkara yang saya fikirkan adalah bagaimana dapat kita tanpa melemahkan prestij Istana, kita dapat membuka Istana supaya dapat digunakan untuk kegiatan-kegiatan khusus seperti kebun herba misalnya dapat kita menggalakkan warga emas kita datang sekali-sekali untuk melihat kebun, melihat bagaimana mereka dapat memberikan sumbangan.

"Bagaimana kita dapat menggunakan Istana ini supaya anak-anak kita dapat mengadakan piknik dan sebagainya. Jadi, tujuannya ialah bagaimana Istana ini dapat lebih "dimesrakan" untuk rakyat Singapura tanpa menjejas prestij dan status Istana," ujar beliau.  

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan