Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Najib lakukan lawatan ke kawasan dilanda gempa bumi di Ranau

PM Najib berkunjung ke tempat yang dilanda gempa bumi itu di Ranau

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jun 2015 06:45PM Dikemas Kini : 09 Jun 2015 10:29PM

RANAU: Siang tadi, PM Najib berkunjung ke kawasan yang dilanda gempa bumi itu di Ranau, Sabah.

Operasi mencari dua lagi warga Singapura pula, disambung sejak 6 pagi tadi.

Lebih 30 anggota penyelamat terlibat dalam operasi itu yang bermula dari Laban Rata.
Cuaca baik membolehkan pasukan penyelamat melakukan empat penerbangan ke puncak Gunung Kinabalu untuk menyambung operasi mencari.

Pada akhir misi mencari hari ini, mereka akan membuat keputusan sama ada hendak mengurangkan jumlah pegawai yang terlibat atau meneruskan operasi mencari bagi tempoh masa yang belum ditetapkan.

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pula ke tempat gempa bumi di Ranau untuk melihat sendiri kesan kemusnahannya.

Datuk Seri Najib mengumumkan bantuan RM10 juta ($3.59 juta) untuk kerja-kerja membaiki kawasan-kawasan riadah di Gunung Kinabalu.

Beliau turut menolak bidasan bahawa operasi menyelamat lambat dilaksanakan.

Sumber : Bernama/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan