Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Najib di Sabah untuk tinjau kerosakan akibat gempa bumi

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini berada di Sabah untuk meninjau-ninjau kerosakan yang diakibatkan oleh gempa yang melanda Jumaat lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Najib di Sabah untuk tinjau kerosakan akibat gempa bumi

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. (Gambar: Twitter/ Najib Razak)

Diterbitkan : 09 Jun 2015 03:49PM Dikemas Kini : 09 Jun 2015 04:13PM

RANAU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini berada di Sabah untuk meninjau-ninjau kerosakan yang diakibatkan oleh gempa yang melanda Jumaat lalu.

Datuk Seri Najib tiba di Kota Kinabalu awal pagi tadi. Beliau menaiki helikopter untuk ke kawasan yang paling teruk terjejas, iaitu Ranau.

Beliau berkata bantuan kewangan dan kaunseling akan diberikan kepada mereka yang terjejas, sedang pencarian dua lagi rakyat Singapura yang sehingga kini dilaporkan hilang, masih diteruskan.

Datuk Seri Najib dikritik kerana tidak hadir lebih awal ke kawasan yang dilanda bencana alam itu. Beliau ke Arab Saudi bagi satu lawatan ketika musibah itu melanda Sabah.

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan