Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Najib akan lawat kawasan gempa bumi Sabah

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan meninjau kawasan kejadian gempa bumi yang melanda Sabah, hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Najib akan lawat kawasan gempa bumi Sabah

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar: REUTERS/Olivia Harris)

Diterbitkan : 09 Jun 2015 09:32AM Dikemas Kini : 09 Jun 2015 09:33AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan meninjau kawasan kejadian gempa bumi yang melanda Sabah, hari ini.

"Insya-Allah, pagi esok saya akan ke Sabah untuk melihat kawasan kejadian gempa bumi," katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau, NajibRazak.com, semalam.

Menurutnya bantuan kewangan dan perkhidmatan kaunseling turut akan disediakan kepada mereka yang memerlukan.

Datuk Seri Najib berkata peruntukan akan disalurkan bagi membaik pulih infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat lepas (5 Jun) itu turut dirasai di kawasan lain seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Sejauh ini,16 orang disahkan terkorban akibat gempa bumi itu manakala dua lagi mangsa belum ditemui.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata beliau sudah menyampaikan memorandum kepada kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji Malaysia.

"Alhamdulillah, lawatan rasmi saya ke Arab Saudi berjalan lancar. Saya telah menyampaikan memorandum kepada kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji Malaysia.

"Semoga hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi akan memudahkan lagi umat Islam di Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima," katanya.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi mulai Sabtu lepas. 

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan