Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee ucap terima kasih kepada Malaysia atas bantuan menyusuli gempa Sabah

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Najib Razak atas bantuan yang dihulurkan kepada Singapura menyusuli gempa bumi di Sabah.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee ucap terima kasih kepada Malaysia atas bantuan menyusuli gempa Sabah

Sudut peringatan bagi mangsa gempa Sabah. (Gambar: Goh Chiew Tong)

Diterbitkan : 09 Jun 2015 01:17PM Dikemas Kini : 09 Jun 2015 01:33PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Najib Razak atas bantuan yang dihulurkan kepada Singapura menyusuli gempa bumi di Sabah.

Dalam suratnya, PM Lee berkata, "Saya amat menghargai sokongan dan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan Malaysia kepada kita dalam masa-masa sukar ini, khususnya oleh kerajaan Sabah dan agensi-agensi di negeri itu.

"Insiden itu merupakan satu tragedi bagi kedua-dua negara" tambah PM Lee.

PM Lee berkata demikian sebagai respons kepada kawat takziah dari Encik Najib pada Ahad lalu (7 Jun).

Dalam suratnya itu, Encik Najib berkata, "Mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya ingin menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa. Saya beri jaminan yang kita sudah melakukan semua yang terdaya untuk mempertingkat usaha mencari dan menyelamat dan membantu mereka yang terjejas."

"Ingatan dan doa kami kepada mereka yang terjejas dan juga Singapura dalam masa-masa sukar ini."

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan