Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Operasi mencari 2 rakyat Singapura yang masih disenarai hilang diteruskan

Operasi mencari dua rakyat Singapura yang masih disenarai hilang, iaitu pelajar Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar dan guru Mohammad Ghazi Mohamed, ditangguhkan buat sementara siang tadi, ekoran keadaan berkabus siang tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jun 2015 09:49PM Dikemas Kini : 08 Jun 2015 10:19PM

SINGAPURA: Belum ada tanda-tanda, dua rakyat Singapura yang masih hilang di Gunung Kinabalu sudah dapat dikesan.

Operasi mencari dua rakyat Singapura yang masih disenarai hilang, iaitu pelajar Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar dan guru Mohammad Ghazi Mohamed, ditangguhkan buat sementara siang tadi, ekoran keadaan berkabus siang tadi (8 Jun).

Sumber polis berkata langkah itu dibuat bagi mengelak bahaya kepada anggota
mencari dan menyelamat.

Usaha tersebut diteruskan apabila cuaca kembali normal.

Sementara itu Sabah terus mencatat gegaran susulan, dengan 54 gegaran direkodkan sejauh ini.

Gegaran tersebut berkekuatan 1.6 hingga 4.5 pada skala Rikter.

Pihak berkuasa Sabah kemudian memutuskan untuk menutup buat sementara Taman Sabah dan beberapa pusat tarikannya.

Ini termasuklah galeri alam semulajadi Sabah, mata air panas Poring, jambatan, taman kupu-kupu dan air terjun Kipungit dan langganan.

Sumber : CNA/Agensiberita/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan