Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

METMalaysia nafi keluar amaran tsunami di Sabah

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menafikan pihaknya mengeluarkan amaran tsunami dan ribut kuat yang akan melanda Sabah, Terengganu dan Pahang dalam masa 36 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
METMalaysia nafi keluar amaran tsunami di Sabah

Gunung Kinabalu di Sabah. (Gambar: AFP/MOHD RASFAN)

Diterbitkan : 08 Jun 2015 01:16PM Dikemas Kini : 08 Jun 2015 01:32PM

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menafikan pihaknya mengeluarkan amaran tsunami dan ribut kuat yang akan melanda Sabah, Terengganu dan Pahang dalam masa 36 jam.

Jabatan itu dalam kenyataannya semalam berkata mesej dan maklumat yang tersebar di media sosial itu adalah tidak benar.

Untuk sebarang pengesahan maklumat, orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, Facebook METMalaysia, Twitter atau talian 1300 22 1MET (1638).

Mesej yang menjadi viral di media sosial itu menyatakan, tsunami kemungkinan akan melanda pantai timur Sabah dalam masa 36 jam, dan kononnya maklumat itu diterima dari Jabatan Kaji Cuaca Sabah.

Malah dikatakan, Pahang diberi amaran banjir besar, dan Jepun pula mengeluarkan amaran tsunami, dan semua diarah berjaga-jaga kerana ada amaran angin kencang dan laut bergelora.

"Aceh pukul 5.00 pagi tadi mendengar suara anjing lagi mengaum seperti suara raksasa untuk yang kedua kalinya, dari bawah dasar laut Samudera Pasifik," menurut mesej itu lagi.

Mesej tersebut menambah, "ribuan ikan terdampar di Lahad Datu dan ikan lumba-lumba, ketam dan segala jenis haiwan laut lari ke darat di pelantar perairan Terengganu. Kiriman dari kawan saya, semoga menjadi peringatan." 

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan