Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hanya kasut bola sepak ditinggalkan sebagai tanda persahabatan

Kasut bola sepak Allahyarham Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay yang diberikan kepada rakannya Syarf Haqqani Teguh akan disimpan sebagai tanda persahabatan Syarf dengan Allahyarham Ameer.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jun 2015 10:20PM Dikemas Kini : 10 Jun 2015 07:43AM

SINGAPURA: Kasut bola sepak Allahyarham Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay yang diberikan kepada rakannya Syarf Haqqani Teguh akan disimpan sebagai tanda persahabatan Syarf dengan Allahyarham Ameer.

Kedua-dua Allahyarham Ameer dan Syarf menyertai akademi bola sepak, Akademi F-17.

Allahyarham Ameer dan pemandu kembara Muhd Daanish Amran selamat dikebumikan semalam.

Mereka merupakan antara mangsa gempa bumi di Sabah yang pertama disemadikan.

Beberapa menteri dan Anggota Parlimen hadir untuk melayat jenazah,di masjid Ba’alwie antaranya Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim, Menteri Pendidikan Heng Swee Keat serta Menteri Ehwal Luar dan Undang-undang K Shanmugam.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ag/nt
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan