Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gempa Sabah: Suasana sayu di pusat peringatan TKPS

Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) terus didatangi mereka yang ingin memberi penghormatan kepada korban gempa di Sabah.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa Sabah: Suasana sayu di pusat peringatan TKPS

Pusat peringatan di Sekolah Rendah Tanjong Katong. (Gambar: Elizabeth Goh)

Diterbitkan : 10 Jun 2015 08:10PM Dikemas Kini : 10 Jun 2015 08:14PM

SINGAPURA: Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) terus didatangi mereka yang ingin memberi penghormatan kepada korban gempa di Sabah.

Antara yang hadir termasuk rakan-rakan guru mangsa terbaru yang dikenal pasti, Mohammad Ghazi Mohamed.

Kawasan kantin yang selalunya riuh-rendah dengan telatah para pelajar semasa waktu rehat, bertukar menjadi sayu sejak pembukaan pusat peringatan bagi mangsa-mangsa gempa.

Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan, Hawazi Daipi, berkata: "Kami di Kementerian Pendidikan dan masyarakat di Sekolah Rendah Tanjong Katong berasa lega kerana mereka sudah dikenal pasti, dan harapan kami ialah jasad mereka dapat dibawa pulang kepada keluarga secepat mungkin."

Rakan-rakan kerja dan anak-anak murid Allahyarham Mohammad Ghazi merasa hiba mengenangnya. 

Muhammad Nadim, dari Pasukan Bola Sepak MOE, berkata: "Dengan pasukan bola sepak, dia baik, dia tolong orang. Dia selalu beri sokongan kepada orang. Sekarang dia sudah tidak ada, sedihlah."

Muhammad Amil, yang juga dari pasukan itu, menambah: "Kita sudah kenal dia lama, sudah belasan tahun. Jadi bila kita dapat berita, susah kita hendak percaya."

Dengan sambutan yang di luar jangkaan, waktu lawatan ke pusat peringatan tersebut dipanjangkan dari 10.00 pagi hingga 9.00 malam hari ini dan esok.  

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan