Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gempa Sabah: Malim gunung dan pelajar S'pura bertemu semula di Sekolah Rendah Tanjong Katong

Ketiga-tiga malim kembara itu berada di Singapura untuk penggambaran sebuah dokumentari Channel NewsAsia.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa Sabah: Malim gunung dan pelajar S'pura bertemu semula di Sekolah Rendah Tanjong Katong

Para pelajar TKPS dan keluarga mereka berbual dengan malim gunung Sabah (Gambar: CNA/Pichayada Promchertchoo)

Diterbitkan : 16 Jun 2015 07:52PM Dikemas Kini : 16 Jun 2015 08:05PM

SINGAPURA: Seorang pelajar Singapura "ditemukan semula" dengan tiga malim gunung dari Sabah yang menyelamatkan nyawanya selepas gempa pada 5 Jun lalu.

Ketiga-tiga malim kembara itu berada di Singapura untuk penggambaran sebuah dokumentari Channel NewsAsia.

Malim gunung, Rizuan menggendong seorang pendaki yang cedera. (Gambar: @MasidiM/Twitter)

(Gambar: @MasidiM/Twitter)

Gambar ini tersebar luas selepas gempa sekuat 5.9 pada skala Rikter melanda Sabah.

Malim kembara ini ialah Rizuan Kauhinin, 25 tahun.

Beliau telah menggendong pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) yang tercedera, El Wafeeq El Jauzy ke batasan Gunung Kinabalu.

Dua lelaki lain, Simon Gohinmin, 18 tahun dan Mazlee Liong, 28 tahun juga membantu Wafeeq.

Hampir dua minggu kemudian, mereka berpeluang disatukan semula dan bertemu dengan seorang lagi pelajar yang diselamatkan mereka, Arnaav.

Mereka tiba di Singapura semalam dan disambut beberapa orang "peminat" mereka.

Noraida Hashim berkata: "Ya, pasal kita daripada mula gempa itu, kita sudah baca kisah mereka. Kita rasa macam terharu, kita rasa macam anggap dia macam anak kita kan."

Channel NewsAsia mengaturkan penerbangan mereka ke sini untuk sebuah dokumentari berjudul Heart of Courage.

Hari ini dalam pertemuan mereka di TKPS, Wafeeq dan Arvan bersama keluarga mereka tiba di kelas mereka dahulu untuk menyambut ketibaan para malim gunung tersebut.

Wafeeq dan keluarganya memakai kemeja-T yang direka khas.

Para malim gunung tiba kira-kira jam 11 pagi dan meluangkan masa selama sejam bersama.

Seorang malim gunung, Rizuan Kauhinin berkata: "Saya sangat gembira bila berpeluk dengannya dan dia sekarang sihat dan saya sangat gembira dapat berjumpa dengan dia."

Di samping itu, ketiga-tiga mereka akan meluangkan masa selebihnya di Singapura untuk ke beberapa tarikan pelancong di sini sebelum pulang pada hari Jumaat ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, para penonton boleh menyaksikan dokumentari Heart of Courage di saluran Channel NewsAsia pada 8.30 malam, 23 Jun.
 

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan