Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa Sabah: Kabus halang usaha cari dua warga S'pura yang hilang

Operasi mencari dua rakyat Singapura yang disenarai hilang di Gunung Kinabalu ditangguh sementara ekoran keadaan berkabus.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jun 2015 01:05PM Dikemas Kini : 08 Jun 2015 10:19PM

KUNDASANG: Operasi mencari dua rakyat Singapura yang disenarai hilang di Gunung Kinabalu ditangguh sementara ekoran keadaan berkabus.

Sumber polis berkata langkah itu dibuat bagi mengelak bahaya kepada anggota mencari dan menyelamat dengan usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan apabila cuaca kembali normal.

Dua rakyat Singapura yang masih hilang itu ialah pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong, Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar dan guru, Mohammad Ghazi Mohamed.

Semalam, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memberitahu bahawa 16 mayat suah ditemui sementara dua orang lagi diklasifikasi sebagai hilang.

Yang maut termasuk enam warga Malaysia, tujuh warga Singapura dan masing-masing seorang warga Filipina, China dan Jepun.

Kejadian berlaku ekoran gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Rikter yang turut melanda gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada pagi Jumaat lalu.

Sementara itu di Kota Kinabalu, beberapa anggota keluarga mangsa yang meninggal dilihat menunggu di bilik khas di Hospital Queen Elizabeth, di mana pengecaman dan bedah siasat mayat sedang dijalankan di hospital itu.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan