Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gempa Sabah: Jenazah 2 lagi rakyat S'pura dihantar pulang hari ini

Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan, jenazah dua lagi rakyat Singapura, yang meninggal dunia akibat gempa di Sabah pada 5 Jun lalu, akan dihantar pulang hari ini (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa Sabah: Jenazah 2 lagi rakyat S'pura dihantar pulang hari ini

Gambar Encik Mohammad Ghazi, seorang guru Sekolah Rendah Tanjong Katong yang terkorban di Gunung Kinabalu ketika gempa bumi melanda Sabah pada 5 Jun, 2015. (Gambar: Goh Chiew Tong)

Diterbitkan : 19 Jun 2015 11:42AM Dikemas Kini : 19 Jun 2015 03:56PM

SIGNAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan, jenazah dua lagi rakyat Singapura, yang meninggal dunia akibat gempa di Sabah pada 5 Jun lalu, akan dihantar pulang hari ini (19 Jun).

Menurut MOE, jenazah pelajar sekolah rendah Tanjong Katong Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar dan gurunya Encik Mohammad Ghazi Bin Mohamed, akan tiba di Singapura petang ini.

MOE juga akan terus memberi sokongan bagi keluarga mangsa dalam masa sukar ini.

Navdeep Singh dan Mohammad Ghazi, antara 10 warga Singapura yang disahkan terkorban dalam kejadian gempa di Sabah 5 Jun lalu.

Navdeep Singh, seorang murid 13 tahun dari Sekolah Rendah Tanjong Katong, dan Mohammad Ghazi, guru berusia 35 tahun dari sekolah tersebut, kedua-duanya disenaraikan hilang selama lima hari, berikutan gempa berukuran 6 pada skala rikter itu.

Keluarga dua warga Singapura itu dimaklumkan pada 10 Jun lalu, bahawa jenazah anggota keluarga mereka yang tersayang itu telah dikenal pasti.

Jenazah Allahyarham Mohammad Ghazi akan disolatkan selepas Asar nanti (19 Jun) di Masjid Kampung Siglap, dan dijangka akan diziarahi oleh ramai bekas rakan sekolah dan kenalannya.

Salah seorang teman karib Allahyarham Mohammad Ghazi, Encik Hashim Amjah, sudah mengenali arwah selama 18 tahun sejak mereka menuntut di kelas yang sama di Maktab Rendah Tampines.

Beliau berkata, Allahyarham memang seorang yang aktif dan handal dalam pelbagai bidang sukan yang diceburinya.

Encik Hashim turut menyifatkan Allahyarham Mohammad Ghazi sebagai seorang yang amat penyayang.

18 orang maut dalam gempa di Sabah pada 5 Jun lalu.

10 warga Singapura yang terkorban merupakan 7 murid dan 2 guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong dan jurupandu pendakian yang mengiringi mereka dalam wisata mereka ke Gunung Kinabalu.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan