Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana Gempa Sabah ditubuhkan untuk bantu keluarga mangsa dan malim gunung

Orang ramai yang ingin membuat sumbangan boleh berbuat demikian melalui cek dari sekarang hingga 22 Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jun 2015 01:59PM Dikemas Kini : 23 Jun 2015 08:51PM

SINGAPURA: Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada orang ramai, Dana Gempa Sabah ditubuhkan bagi membantu keluarga mangsa yang terkorban dalam gempa yang berlaku di Sabah pada 5 Jun lalu.

Kementerian Pendidikan (MOE) akan mengendalikan pungutan dana itu yang akan ditadbir oleh Yayasan Temasek.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan derma untuk dimanfaatkan oleh:

  • keluarga Allahyarham Mohammad Ghazi bin Mohamed yang merupakan guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS),
  • keluarga mendiang Loo Jian Liang Terrence Sebastian, juga guru dari TKPS,
  • keluarga Allahyarham Muhammad Daanish Amran, instruktor Camp Challenge
  • jurulatih Mountain Torq atau keluarga mereka dan keluarga malim gunung di Sabah

Jawatankuasa pengamanah yang dilantik MOE, serta Yayasan Temasek akan memastikan bahawa dana yang disalurkan akan ditadbir dengan baik untuk dimanfaatkan oleh para penerima yang berhak, di samping membimbing penerima untuk membina semula kehidupan.

Pengerusi Jawatankuasa itu ialah Pengerusi Majlis Amal, Encik Gerard Ee, Timbalan Setiausaha Perkhidmatan MOE, Encik Lim Boon Wee, CEO Yayasan Temasek, Encik Benedict Cheong, serta Pengarah Program dan Strategi Yayasan Temasek, Cik Joanne Tan.

Jika perlu, sukarelawan kakitangan dari Temasek Holdings juga akan memberi nasihat kepada jawatankuasa pengamanah tentang bagaimana untuk menstrukturkan dana yang dikumpulkan untuk menyokong kesejahteraan jangka panjang para penerima.

Orang ramai yang ingin membuat sumbangan boleh berbuat demikian melalui cek dari sekarang hingga 22 Julai. Tiada resit tolak cukai akan dikeluarkan, manakala sumbangan dalam bentuk barangan tidak akan dilayan, kata MOE.

Semua cek hendaklah dibuat atas nama "Sabah Earthquake Fund" dan dihantar kepada alamat berikut:

Ministry of Education
1 North Buona Vista Drive
MOE Building, #09-52
Singapore 138675
(Attn: Sabah Earthquake Fund)

Maklumat lanjut mengenai cara untuk membuat sumbangan kepada dana itu boleh didapatkan di www.moe.gov.sg/sabahearthquakefund. 

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan